Friday, November 18, 2011

Syahrul Azwari Ibrahim "The Rising Star".




Syahrul Azwari Ibrahim anak kelahiran Tanah Merah, Kelantan.


Penulis mula tertarik pada gaya permainan anak muda ini sewaktu perlawanan Malaysia B-23 menentang Chelsea pada Julai lalu. Larian dia tak dapat dibendung bek kiri dan kanan Chelsea yakni Ashley Cole mahupun Bosingwa. Masa tu beliau memperlihatkan potensi besar untuk dipenuhi di masa depan kelak.

Selepas 4 bulan, malam semalam pasti malam paling gemilang buat karier beliau sehingga setakat ini. Gol minit ke 17 itu memperlihatkan ketenangan Malaysia menyerap serangan, kualiti hantaran jauh, tetapan larian yang baik diiringi penyudah tenang ternyata satu petanda baik buat skuad OKS ini.

Diharap, malam semalam bukan pengakhiran sebaliknya permulaan kepada semuanya. Jika sebelum ni Dato RG telah membentuk skuad senior yang berjaya memecah tradisi dengan menjuarai 2 kejohanan penting rantau Asean, diharapkan Skuad muda OKS ini mampu mengatasi pencapaian abang - abang mereka. 

Produk Terbaru Kelantan | Rembat Kosmo! Januari 2011.

Masa artikel dalam rembat ni ditulis, nama Syahrul Azwari tak ramai orang yang kenal mahupun melihat aksinya di padang. Kini antara pemain muda yang sangat menyerlah sewaktu membarisi jersi keramat Kuning Hitam negara. Larian - larian deras beliau berjaya merobek pertahanan lawan.

Apa yang bagus mengenai kemenangan semalam ialah kemenangan mental kepada skuad Malaysia. Menyerap asakan emosi, mental dan fizikal dari puluhan ribu rakyat Indonesia ternyata satu perkara yang boleh dibanggakan. Bukan mudah untuk menang mahupun seri berdepan Sang Garuda di GBK, tapi mereka membuktikan, ruyung bisa dipecahkan. 

Namun harus diingat, Emas sukan SEA belum dikucup. Peluang ke Olimpik pula, biarpun tipis tapi ternyata masih ada. Diharapkan mereka terus kekal fokus jangan sampai dilambung ombak pujian. Teruskan momentum kemenangan. Jangan sampai terlepas salah satu. Kalau pulang dengan Emas Sukan SEA, maka penyokong akan diam seketika. Anda akan dapat sokongan padu untuk kelayakan Olimpik kelak. Namun kiranya pulang tanpa kalungan EMAS. 

Penyokong akan kekal seperti penyokong dahulu. Kelayakan Olimpik hanya akan dipenuhi segelintir penyokong sahaja. Ini bukan gertakan, tapi sekadar peringatan. KEKALKAN FOKUS ANDA! Jangan bazirkan peluang menjadi antara lagenda bolasepak negara. Siapa cakap jersi kuning jersi sial skuad negara. Skuad OKS telah buktikan jersi kuning pun berbisa. Bukan jersi jadi ramuan, sebaliknya fokus dan keazaman !!!


Keratan Akhbar | Harimau Baham Garuda.

Wallpaper : Bolasepak Malaysia
Keratan Akhbar : Rembat Kosmo! [Rizal Hashim]
Artikel Asal : Bolasepak Malaysia
Diedit oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment