Tuesday, November 15, 2011

India Ikat Skuad Rajagopal.




S. Kunanlan cuba diasak oleh pemain India dalam perlawanan persahabatan
di Stadium Indira gandhi malam semalam.

SKUAD Harimau Malaya sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1, ketika menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa di stadium Indira Gandhi, kelmarin.

Menguasai perlawanan pada babak pertama, anak buah Datuk K Rajagobal mengejutkan tuan rumah melalui jaringan pendahuluan menerusi ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-41.

Tersentak dengan jari­ngan itu, India yang dikendalikan Savio Medeira me­ngubah taktik perlawanan dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan pemain pertahanan, Syed Nabi pada minit ke-89.

Rajagobal nyata kecewa dengan keputusan itu, bagaimanapun memuji aksi dipamerkan pemainnya terutamanya pada babak pertama perlawanan.

“Memang kecewa kerana dibolosi pada minit akhir. Apa pun kita bermula agak baik pada separuh masa pertama.

“Kita mencipta beberapa peluang menjaringkan gol, namun digagalkan oleh kecekapan penjaga gol India,” katanya.

Pada pertemuan itu, Rajagobal menurunkan penyerang sensasi negara, Safee Sali pada minit ke-68 ketika menggantikan Abdul Hadi Yahya. Bagaimanapun, Rajagobal berkata, Safee akan mengetuai jentera serangan Malaysia pada pertemuan kedua di Kalkota esok.

Sumber : Sinar Harian Online - Sukan

3 comments: