Ultras Kelantan




Ultras Kelantan - The Red Mania.


JOIN bersama kami menjadi sebahagian daripada KOMRAD UKTRM. Untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan kita iaitu THE RED WARRIORS (KELANTAN) atau HARIMAU MALAYA (MALAYSIA).

1. Perjuangan UKTRM untuk memberi sokongan yang tidak terhingga kepada pasukan Kelantan tidak kira kalah ataupun menang.

2. Bagaimana hendak menyertai UKTRM?. Anda boleh saja datang ke Curva Gate H di Stadium keramat kita atau game away pula anda boleh mencari kami di mana-mana curva.

3. Tidak perlu daftar sebagai ahli. Kerana UKTRM bergerak secara underground. Hanya bawa jiwa anda cintakan bola sepak Kelantan dan Malaysia. (SUPPORT YOUR LOCAL FOOTBALL TEAM).

4. Demi bola sepak kita. Menyokong dengan penuh profesional seiring dengan pasukan kita yang bertaraf profesional. Bersama-sama kita mencipta kelainan dalam menyokong pasukan kita.

5. Jangan malu atau segan untuk menjadi sebahagian daripada KOMRAD UKTRM, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, kaya atau miskin, berkerja biasa atau professor. Kerana dalam pergerakan Ultras kita semua satu taraf atau satu level tidak kira apa pun anda. Dan kami tetapkan dalam diri semangat setia kawan, BROTHERHOOD. Dan KELANTAN hanya perlukan pencinta bola sepak bukan hero papan kekunci. UKTRM perlukan jiwa di CURVA !!!


From : theredmania12.blogspot.com