Pemain muda berbakat yang berasal dari Pengkalan Chepa, Mohammad Ab Aziz Ismail aka Mat, 23 yang menyarung jersi No. 13 yang dahulunya bermain untuk pasukan KL Plus FC menunjukkan prestasi cemerlang mengawal kubu pertahanan Kelantan dari dibolosi lawan. Dari perlawanan ke setiap perlawanan, pemain muda ini dilihat mempamerkan aksi konsisten dalam mengawal bahagian pertahanan kiri.
Pemain ini yang mana pada awal saingan Liga Super dilihat banyak masa dihabiskan hanya dengan memanaskan bangku simpanan sahaja. Namun pada pertengahan saingan Liga Super, pemain ini mula diberi kepercayaan oleh jurulatih Kelantan untuk mengemudi barisan pertahanan Kelantan menggantikan Zairul Fitree Ishak yang sering mengalami kecederaan.
Seingat penulis, masa Kelantan membenam Terengganu 3 – 0 di Kuala Terengganu, Mat diturunkan oleh Datuk M. Karathu untuk mengawal pertahanan kiri Kelantan. Pemain Terengganu mungkin berpendapat bahawa apabila melakukan serangan melalui bahagian kiri pasukan Kelantan, pasti dengan mudah untuk menewaskan pemain ini, tetapi mereka terbukti silap apabila setiap serangan yang dilancarkan berjaya dipatahkan oleh Mat.
Segala serangan dan asakan bertubi – tubi oleh rangkaian penyerang Terengganu semua berjaya dipatahkan oleh beliau. Sepanjang perlawanan dalam Piala Malaysia 2011, pemain ini sering kali diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama dan berjaya mengawal kubu pertahanan Kelantan dan berjaya menyerap tekanan dari pasukan lawan dengan baik.
Mat cuba dihalang oleh pemain Felda United. |
Dalam perlawanan semalam, semua asakan bertubi – tubi oleh pemain Felda United berjaya dihalang oleh beliau. Dalam perlawanan semalam juga, Mohammad Ab Aziz juga mendapat sorakan bergemuruh dari para penyokong setia The Red Warriors yang rata - rata memuji kekentalan beliau mengemudi barisan pertahanan pasukan The red Warriors. Memang terbukti pemain muda ini memang kebal dalam mengawal kubu pertahanan pasukan The Red Warriors
Sekalung tahniah juga buat Mohammad Ab Aziz Ismail aka Mat kerana telah terpilih untuk menjalani latihan bersama skuad Sukan Sea Jakarta 2011 di Indonesia nanti mengiringi Khairul Fahmi Che Mat dan Izuan Salahuddin. Semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dan konsisten dalam setiap perlawanan dan tidak mustahil pemain ini akan dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya suatu hari nanti.
Mat mengekang asakan pemain Felda United. |
Foto : Userun Photography , J Photography , wawanfaiz.com
Ditulis oleh : Nick Hafiz
good luck mat~xD
ReplyDeletekawe prnh jupo dio dkt ngn umh dio..mmg dio ilek je owg nye..gud luck mat..truskan kecemerlangan anda brsama TRW...GKG
ReplyDeleteDekat nga rumoh kawe terr..kale chepoo...huhu
ReplyDeletesedap mat!
ReplyDeletenampok memeada potensi mat ni, meme terbaeeeeeek
ReplyDeletemat meme jd mat keto kebal dh lonim.. buke stakat petahane baik, byk jgk hataran hok bijok mbatu jentera serangan.. gomo mat gomo...
ReplyDeleteMa Mat kerap jd kesebelasan utama loni...meme terbukti dio kebal jaga defend...kemah kemih...maube prestasi Ma Mat ni bleh membuatkan kedudukan Roypi sedikit tergugat...
ReplyDeleteambo pelek doh namo aziz ni,ingat ore baru sebab hebat dio main smale,tahniah2,moga konsisten!
ReplyDeletePening palo Dato' M...ramai sangat pemain hebat kelahiran dari TRW. Nasib baik 11 ore jah buleh main dale pade, klu tokkk...lu pikir la sdiri
ReplyDeleteore kg ambo nih ! padey tembOkk ! memey terrrr la mg mat ! gagOh peLekk lonim weii ! haha
ReplyDeleteMa Mat selalu g lepak kedai Abge Ghani di 7E pade tembak kt rmh kawe..hahaa
ReplyDeletemat nyepak pom laju ter..mcm pluru gi...
ReplyDeletejange jd supo rizal fahmi sudohla..makea puji lajok,,last2 jd colek basi..
ReplyDeletesain kawe ter...
ReplyDeletewakil koloh skali dlu ter pc2...
sdap lonii....
steady mat
ReplyDeletekalu puji kuat2 gini ambo teringat ko bekas pemain pertahanan kental TRW zamri ramli,dio telah mendapat pujian menggunung samada drp peminat atau media ketika itu..tpi loni,kena main piala presiden semula
ReplyDelete