Piala Malaysia 2011 | Kelantan 4 - 0 Sarawak | Match 4. |
Kelantan 4
Muhd Badhri Radzi...min 80 & 92
Norshahrul Idlan Talaha...min 87
Danial Fadzly Abdullah...min 89
Sarawak 0
EMPAT jaringan ketika perlawanan berbaki 10 minit memastikan Kelantan meraih tiga mata berharga untuk menewaskan Sarawak 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu malam semalam.
Keputusan itu membolehkan Kelantan mengumpul sembilan mata untuk berada di tangga kedua Kumpulan C dengan Felda United terus berada di atas dengan mengumpul 10 mata apabila mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Johor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.
Alex masih buntu mencari gol. |
Serangan bertali arus Kelantan yang dikejutkan dengan kekalahan kepada Felda United minggu lalu akhirnya membuahkan hasil menerusi gerakan solo kapten Red Warriors, Mohd Badri Radzi pada minit ke-80.
Mat Yo menjaringkan gol kedua Kelantan. |
Dia berjaya membawa masuk bola dalam kotak penalti dengan menewaskan tiga pemain pertahanan Sarawak sebelum merembat kencang menewaskan penjaga gol lawan, Aidil Mohamad yang beraksi cemerlang menafikan percubaan tuan rumah sejak wisel permulaan ditiup.
Daniel Fadzly Abdullah menjaringkan gol ketiga Kelantan. |
Jaringan itu nyata membakar semangat anak-anak buah Datuk M Karathu dan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha meledak kedua pada minit ke-87 diikuti Danial Fazly Abdullah seminit kemudian untuk mencetuskan kegembiraan di kalangan penyokong setia mereka yang menunggu sejak awal permainan lagi.
Aksi kapten Kelantan Piya, melepaskan geram selepas menjarigkan dua gol untuk Kelantan. |
Namun pesta jaringan itu tidak terhenti dengan tiga jaringan itu apabila Mohd Badri sekali lagi menjaringkan gol pada masa tambahan menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti selepas keadaan kelam-kabut di hadapan pintu gol.
Video Gol - Gol Kelantan 4 - 0 Sarawak | Piala Malaysia 2011
Video : Sokernet.com
Graphic Wallpaper : abe927.com, Bolasepak Malaysia
Sumber : Kijang Pamer Bisa | myMetro
No comments:
Post a Comment