QF1 | 10 Oktober 2011 | SSINS. |
Juara bertahan Piala Malaysia 2010, Kelantan The Red Warriors menghadapi laluan sukar apabila terpaksa bertemu dengan Juara Piala FA 2011 iaitu Terengganu lebih awal daripada yang diharapkan. Hal ini terjadi apabila Kelantan menjadi juara Kumpulan C manakala Terengganu menjadi naib juara Kumpulan B di belakang Negeri Sembilan.
Ini sudah pastinya akan menjadi suatu perlawanan yang sengit apatah lagi kedua – dua pasukan ini memegang status Juara Liga Super 2011 dan Juara Piala FA 2011. Kalau diikut daripada rekod pertemuan kelebihan pastinya dipihak Kelantan, dalam perlawanan di atas padang macam – macam keputusan mengejut bakal terhasil nanti.
QF2 | 14 Oktober 2011 | SSMIV. |
Kekuatan pasukan Kelantan dengan Terengganu juga boleh dikatakan agak seimbang tetapi kalau dibandingkan rekod pertemuan, ternyata kelebihan itu sedikit memihak kepada Kelantan di mana Kelantan telah mencatat 3 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan dari 5 perlawanan terakhir. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan dan Terengganu sejak tahun 2009 dalam Liga
Kelantan [3] vs [2] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2009 | SSMIV
Kelantan [0] vs [2] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2009 | SSINS
Kelantan [0] vs [0] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2010 | SSINS
Kelantan [3] vs [0] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2010 | SSMIV
Kelantan [1] vs [1] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2011 | SSMIV
Kelantan [3] vs [0] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2011 | SSINS
Kelantan [1] vs [2] Terengganu | Final Piala FA 2011 | SSINS
Sekiranya Kelantan berjaya menyekat kemaraan pasukan Terengganu di peringkat suku akhir, Kelantan terpaksa pula berdepan dengan pasukan Selangor ataupun Perak di peringkat separuh akhir nanti. Perak masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala Malaysia setakat ini. Kekentalan pasukan Kelantan bakal teruji nanti dalam Misi Mempertahankan Mahkota Kejuaraan Piala Malaysia 2011.
Picture : Sokernet.com
Wallpaper : Bolasepak Malaysia
Wallpaper : Bolasepak Malaysia
Ditulis oleh : Nick Hafiz
red warriors mano buleh gerun kokrey....kok2 mano, keno st daley palo, keno meney jgok...
ReplyDeletenFx
noframex.blogspot.com
Xgerun boh cumo keno berwaspada..xleh pandang rendah gu lawe.....
ReplyDeletebaru jolo...kalu buleh meney hok ni baru kito betul2 bergelar juaroo...!!!
ReplyDeletejange ado tekanan sudoh aa..ganu pon hebakk gop tu..tp kelate tetap juara !
ReplyDeleteUntuk menjadi juara, perlu mangalahkan sang juara
ReplyDelete