Datuk M. Karathu. |
PERKONGSIAN satu mata dengan Johor FC selepas keputusan terikat 1-1 di Stadium Pasir Gudang sudah memadai bagi The Red Warriors melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia, dan bagi ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu ia satu mata yang amat berharga.
Karathu nyata berpuas hati dengan keputusan itu untuk membawa The Red Warriors melangkah ke suku akhir walaupun masih berbaki satu perlawanan bertemu pendahulu Kumpulan C, FELDA United Selasa ini. Kelantan tidak menerapkan corak permainan bertahan malah pemainnya membuat serangan bertali arus dan tidak membuka ruang kepada tuan rumah untuk menambah jaringan.
"Satu mata yang diperoleh begitu penting untuk mendapatkan keselesaan ke suku akhir namun bukan mudah untuk mengikat kedudukan kerana Johor FC satu pasukan kuat dan mereka juga banyak membuat serangan.
"Kita juga tidak boleh bermain dengan corak bertahan kerana pihak lawan pasti melakukan serangan habis-habisan berikutan mereka sedar keputusan seri pasti akan menyekat hasrat mereka untuk ke suku akhir," katanya ketika dihubungi semalam.
Jurulatih berpengalaman dari Perak itu berkata, pasukannya terkejut dengan jaringan awal tuan rumah pada minit kedua malah beliau mengaku kecewa kerana pemainnya belum bersedia untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas yang dilancarkan Johor FC.
"Kita ketinggalan seawal minit kedua namun semangat pemain kembali selepas mendapat gol penyamaan dan menggandakan asakan pada separuh masa kedua bagi mendapatkan gol tambahan namun gagal mencari penyudah," katanya.
Foto : Karathu Maruthaiah
Sumber : Berita Harian Online | Karathu Ceria Percaturan The Red Warriors Menjadi
walaupun seri,tp cara permainan kita agak kurang profesional krn byk terima kad kuning,byk melakukan kesilapan mudah,slps hilang bola je,bentes dari belakang,apa dh jd ni?,spatutnya phk pngurusan adakan garis panduan utk pmain lbih berhati2 dimasa hadapan.daudsu,syakir byk buat silap,cepat gelabah dan byk hilang bola,passing x btul,moga TRW trus maju...gomo klate gomo
ReplyDeletememe btol kenyataan diatas,pemain kita masih lagi bermentaliti cepat baran,bila miss skit,terus nok sauk kaki,team kito keno titikberatkan fitness,napok sgt nok main kaki sbb fitness kure,tok brapo buleh ambat gu lawe.harap lepah ni team kito keno lbh profesional.sbb byk doh fan2 pasuke lain dok naik kan api kebaranan kito
ReplyDeletekeno kemas lagi berlatih main short pass..klate klau main short pass meme comey,bola pun payoh nok hile...pahtu xpayoh la main long pass sbb sek2 klate pendek2..blaja dr team barcelona..:-)
ReplyDelete