Friday, December 2, 2011

Fakta : Seorang Remaja Bernama Wan Zaharul Nizam.





Wan Zaharul Nizam aka Kecik.
Pemain muda yang kini sudah menempa nama dengan skuad Harimau Muda A. Perjalanan Kecik boleh dikatakan begitu cepat dan pantas. Dari seorang pemain yang hanya bermain di kampung dan terpilih menyertai skuad muda Presiden Kelantan, Kecik tampil dengan corak permainan begitu menawan sehingga menarik perhatian banyak pihak di negeri Cik Siti Wan Kembang. 

Wan Zaharul mempunyai skill menggelecek menarik dan ada pakej menjadi bintang di Malaysia pada masa depan. Kekurangan pemain ini ialah berbadan kecil tetapi mempunyai larian pantas bila mendapat bola. 

Ketika berada dalam skuad Presiden, nama Wan Zaharul Nizam anak kelahiran Tumpat menjadi hangat kerana akan menjadi salah seorang pemain yang akan dibawa naik kedalam pasukan senior oleh ketua jurulatih. 

Rezeki sememangnya berpihak kepada Wan Zaharul Nizam apabila perlawanan pertama dengan Kelantan ketika melawan Kedah dihadiri Datuk K. Rajagobal dan selepas bermain selama 20 minit, dia terus diminta melaporkan diri untuk pasukan Harimau Muda. 

Ya, hanya dalam 20 minit, Datuk K tertarik untuk memberikan satu tempat kepada Wan Zaharul bersama pasukan negara. Sehinggalah kini, dia antara nama yang diberikan peranan bersama skuad muda dan senior Malaysia ke pentas antarabangsa.. -RedsfcNews-

Ditulis oleh : Reds Deliey
Credit to : RedsFC-News

12 comments:

  1. huhuhu...prnh main brsama kecik time form 4 dlu..

    ReplyDelete
  2. wah...da feymes da abang kwan aku nie... :)

    ReplyDelete
  3. congrats.....tp jgn lah jd kacang lupakn kulit :)

    ReplyDelete
  4. his signature move: cut inside from the left flank and curl the ball to the top right corner. he did it a few times before, most notably against pakistan and cambodia

    ReplyDelete
  5. Kenapa Fitri dari Selangor tak di pilih? Sedangkan permainan beliau lebih lincah dan laju. Takkan lah sebab faktor badan beliau yang kecil, K.rajagobal tidak memilih beliau .

    ReplyDelete
  6. semua orang de rezeki masing2. gudluk wan zaharul nizam wan zakaria. kamu memang the best la.

    ReplyDelete
  7. huuhu kecik tu spupu aq tau x???

    ReplyDelete
  8. bila famous suma org ngaku kwn sdra mak we pakwe.kalau x famous xder nyer nak bising2 kan.x yah nak bising kalau betul pun ada kene mngena,senyap sudah ler.doakan sajer kejayaan nyer.itu yg lebih baik.

    ReplyDelete