Saturday, December 3, 2011

Kim Swee Enggan Nazmi Dibuai Mimpi.






Ong Kim Swee.

PENGENDALI skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee menyifatkan jaringan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor yang disenaraikan sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini sebagai satu pengiktirafan kepada pemain dan negara.

Namun begitu, jurulatih kelahiran Melaka itu enggan membiarkan Nazmi dibuai dengan kejayaan itu memandangkan usianya yang masih muda dan belum cukup sedia menempuh dunia sukan bola sepak yang penuh glamor.

“Ini merupakan pengiktirafan terbaik kepada Nazmi sendiri dan juga Malaysia. Tetapi, saya berharap Nazmi tidak terikut-ikut dengan publisiti berlebihan diberikan media.

“Dengan usianya yang masih muda, Nazmi memerlukan lebih bimbingan kerana karier bola sepaknya baru bermula. Kita tidak mahu dia terlalu dimanjakan kerana kesannya amat buruk,” katanya yang sedikit gelisah selepas Nazmi mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.

Katanya lagi, bukan tidak mahu anak buahnya diberi liputan meluas oleh media, namun dia khuatir jika publisiti bersifat negatif boleh menjatuhkan moral pemain.

“Kalau boleh, biarlah ia (publisiti) bersifat positif walaupun kehidupan peribadi mereka di luar padang.

Mengikut laman rasmi 101greatgoals.com, pemain Harimau Muda B itu menduduki tangga ketujuh senarai jaringan terbaik hasil ledakan gol menarik ketika berdepan Bahrain dalam aksi Kelayakan Sukan Olimpik London di Bukit Jalil, Ahad lalu.

Ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Harimau Malaya

2 comments:

  1. ke tujuh tetbaik dunia? betul.. tapi spesifik kan la.. kurang tepat..

    gol ke 7 tercantik untuk minggu itu sahaja.
    itu pun berdasar kan laman web yg tu je.. bukan di keluar kan FIFA.. atau badan perofesional bola sepak..

    gol tu mmg cantik.. tapi fakta nak kena tepat...

    ReplyDelete
  2. betooooollllllll 2. :)

    ReplyDelete