Sunday, October 2, 2011

Terengganu Lancar Perang Psikologi.



TERENGGANU sudah mula melancarkan perang psikologi ke atas seteru utama, Kelantan ketika pertembungan kedua- dua pasukan terbaik negara itu di peringkat suku akhir Piala Malaysia masih berbaki 10 hari lagi. 

Malah jurulatih Terengganu, Irfan Bakti mengakui anak- anak buahnya tidak akan gentar untuk berdepan Kelantan dalam misi memburu slot ke pusingan separuh akhir. 

Katanya, rekod lalu telah membuktikan bahawa Terengganu mampu menewaskan pasukan gergasi Pantai Timur itu seperti mana yang telah berlaku pada final Piala FA, Jun lalu.

"Saya bertanyakan kepada pemain dan mereka dengan penuh semangat mengatakan tidak kisah untuk berjumpa Kelantan.

"Jadi, tiada sebab untuk kami takut dan kami sedia untuk berdepan mana-mana pasukan kerana kami yakin dengan kemampuan yang ada pada skuad Terengganu," kata Irfan kepada Kosmo! semalam.

Terengganu yang juga juara Piala FA 2011 dijadualkan menentang Kelantan selaku juara Liga Super pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia, 10 Oktober ini di Kuala Terengganu. 

Pertemuan kedua-dua pasukan itu turut mengulangi pertembungan final Piala FA di Bukit Jalil, Jun lalu yang menyaksikan Terengganu muncul juara menerusi penentuan di masa tambahan. 

Boleh dikatakan perlawanan ini adalah 'perlawanan akhir' bagi Piala Malaysia kali ini kerana menemukan juara antara juara.

"Mungkin ramai yang menganggap Kelantan sebagai pilihan untuk menang tetapi itu hanya di atas kertas sebelum perlawanan berlangsung," katanya lagi.

Irfan menjelaskan, pengalaman menentang Kelantan dalam dua aksi Liga Super selain pada perlawanan akhir Piala FA memberi banyak maklumat kepadanya untuk menewaskan pasukan jiran mereka itu.

"Kelantan merupakan pasukan yang mempunyai corak permainan pantas dan saya tahu bagaimana cara untuk mengekang pasukan ini.

"Tumpuan saya kini adalah untuk meningkatkan kecergasan para pemain kerana kami akan berdepan dua perlawanan sukar di Kuala Terengganu dan Kota Bharu," katanya.


Laporan : Mustapa Lakawa
Sumber : Kosmo! Online - Sukan

9 comments:

  1. insyaallah tentangan diberi....perlawanan yang hebat liga malaysia....peteh ganu peteh...:)

    ReplyDelete
  2. hakikat nya...terengganu tidak mampu lawan kelantan....Juara piala fa hanya nama...gol saat akhir...bukanlah aksi juara sebenar....

    ReplyDelete
  3. cannot go juara fa pm

    ReplyDelete
  4. gomo kelate gomoo!! bia ganu out dari malaysia cup dgn agregat mcm dgn selangor masa fa cup..KELANTAN 6-2 SELANGOR

    ReplyDelete
  5. Jange kecekk agah boh...takut terakk jah...

    ReplyDelete
  6. agah mn ganung ? l0niem kecek bnyak xd0p gun0 b0h... kita tng0p siapa baham siapa... k0 guan0 peny0k0ng setia THE RED W0RRI0RS........

    ReplyDelete
  7. berehh...aku caye ke irfang bakti......dengan adanye m karathu yg bermaing taktikel old skool, ganu leh menang lawang kelatang....aku rasa negeri sembilang dgn t team lebih hebat dr trg dan kelatang...

    ReplyDelete
  8. coach plan nk saiko player lawe,penyokong dulu hk duk saiko pnyokong lawe..mace2 la dale bolasepak nih..masing2 support negeri msg2 kito pehe...ore ganu sokom peteh ore kelate sokom gomo.....sy sbg ore kelate wojik ah GKG !hehehe..tp sbg ore pompuan teradmire la plop ko hadi yahya hk hebakk tuh..yakk genya dh :)

    ReplyDelete
  9. nk tengok sramai mn penyokong kelantan akan ke terengganu..n nk tgk jgk sramai mn penyokong terengganu akan ke kelantan..juara atas padang 50-50, tapi juara atas bangku adalah juara sebenar untuk bola sepak~~

    ReplyDelete