Tiga piala untuk tahun 2011. |
Berakhirlah sudah perjuangan Kelantan The Red Warriors untuk tahun 2011 setelah dinokhtahkan oleh jiran pantai timur iaitu Terengganu dalam saingan suku akhir Piala Malaysia 2011. Walaupun perit, namun terpaksa ditelan jua oleh penyokong – penyokong setia The Red Warriors bahawa pasukan mereka telah ditunjukkan jalan keluar lebih awal dan gagal mempertahankan mahkota kejuaraan musim lalu. Apakan daya sudah tersurat, perjuangan The Red Warriors hanya sampai di sini sahaja untuk tahun 2011.
Banyak kenangan pahit manis, suka dan duka dicipta pada tahun 2011. The Red Warriors memulakan saingan Liga Malaysia 2011 dengan penuh bergaya apabila menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah dalam perlawanan sumbangsih dengan mengalahkan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam, Selangor. Walaupun persiapan pra musim tidaklah begitu sempurna, namun The red Warriors mampu mencipta kejutan dengan menewaskan Selangor. Kemenangan itu sekaligus memberikan tiga mata pertama untuk skuad The Red Warriors dalam Liga Super 2011.
Dalam saingan Piala FA pula, The Red Warriors hampir mencatat sejarah untuk menjulang Piala FA buat kali pertama, namun gagal apabila dikejutkan dengan “Comeback” dari pasukan Terengganu dan sekaligus membuatkan The Red Warriors terus kempunan untuk menjulang mahkota kejuaraan Piala FA 2011 buat kali pertama. Kekecewaan pertama kali buat penyokong – penyokong setia The Red Warriors namun berjaya diterima dengan hati yang terbuka oleh semua penyokong, “kalah menang adat bertanding” kata – kata itulah yang disemai dihati setiap penyokong setia The Red Warriors.
Kapten, Piya kecewa setelah Kelantan tewas dalam final Piala FA 2011. |
Kekecewaan terlepas Piala FA berjaya diubati apabila skuad The Red Warriors menjulang mahkota kejuaraan Liga Super buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Kelantan setelah mencatat kemenangan ke atas Sabah 2-1 dilikas dengan mengumpul 56 mata meninggalkan Terengganu ditempat kedua yang mengumpul 53 mata dan Selangor di tempat ketiga dengan mengumpul 52 mata. Ini sekaligus membuktikan The Red Warriors adalah merupakan pasukan yang konsisten dalam Liga Malaysia 2011.
Juara Liga Super 2011. |
Namun dalam saingan Piala Malaysia 2011, walaupun dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mara ke perlawanan akhir, The Red Warriors gagal meneruskan kemaraan setelah disekat oleh Terengganu di peringkat suku akhir sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan musim lalu. Kegagalan ini bukan bermakna gagal selamanya, dan tidak mustahil tahun 2012 nanti The Red Warrios akan bangkit dan seterusnya muncul sebagai kuasa baru bola sepak di Asia Tenggara apabila layak bertanding dalam saingan Piala AFC 2012 dengan tiket selaku Juara Liga Super 2011. Akhir kata dari penulis, Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!!
Piya terduduk setelah Kelantan gagal mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2011. |
Anda boleh rampas segala - galanya, tetapi bukan semangat kami...!!!
Selamanya The Red Warriors ...!!! Selamanya Ultras Kelantan - The Red Mania...!!!
Selamanya The Red Warriors !!! Selamanya The Red Mania !!! |
Graphic Wallpaper : Oren Kecik
Foto : Wawan Faiz, Shazli Shamsuddin
Ditulis oleh : Nick Hafiz
No comments:
Post a Comment