The Twin Striker. |
AKIBAT masalah kecederaan, gandingan penyerang Harimau Malaya Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) terpaksa ‘berpisah’. Kali terakhir mereka bersama, ketika mengalahkan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Februari lalu. Ketika aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Singapura Julai lalu, Norshahrul terpaksa merelakan Safee menggalas tugas bersendirian selepas dia mengalami kecederaan hamstring.
Skuad negara tumpas 4-6 secara agregat dan pada akhir perlawanan lensa kamera sempat merakamkan Norshahrul yang menjadi penonton tertunduk layu menahan kekecewaan sambil air mata berlinangan membasahi pipi. Namun, selepas kembali pulih daripada kecederaan, Norshahrul bangkit dengan semangat baru dan kembali disenaraikan ke dalam skuad kebangsaan menentang Australia di Canberra, Jumaat ini.
Live On Astro Arena 5.00 pm. |
Malah, penyerang Kelantan itu menyumbat satu gol ketika skuad senior menewaskan skuad Olimpik 3-0 pada aksi persahabatan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kelmarin. Kehadiran semula gandingan dua penyerang ini ke dalam skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Socceroos pastinya menceriakan pengendali pasukan, Datuk K Rajagobal untuk menurunkan kesebelasan terbaik.
Bagaimanapun Rajagobal mengakui, Safee dan Norshahrul perlu digandingkan secara kerap bagi membina kembali keserasian mereka di atas padang. Apapun, diharapkan gandingan penyerang prolifik ini mampu merobek gawang Australia, sekaligus mengulangi pencapaian 1992 apabila negara menumpaskan benua itu 1-0 di Jakarta.
Graphic Wallpaper : Bolasepak Malaysia
Sumber : Safee, Mat Yo Bersatu !!! | Sinar Harian - Online
terima kasih kreditkan kepada BM
ReplyDeleteadmin BM
SaMa2 bro...sy sentiasa masukkan graphic wallpaper dr page bolasepak malaysia n sentiasa letak sumber picture tu dr sana...terima kasih admin krn sudi menjeguk blog sy... :)
ReplyDeleteits ok..usaha untuk martabatkan bola menerusi penulisan..saya bidang grafik..tak pe..untuk Malaysia bro
ReplyDelete