Sunday, September 11, 2011

Gol Minit Akhir Ramzul Julang The Red Warriors.

Ramzul Zahini Adenan.

Kelantan 2
Shakir Shaari...min 16
Ramzul Zahini Adenan...min 89

Johor FC 1
Edy Helmi Abd Manan...min 11

The Red Warriors terus mengukuhkan kedudukan di carta Kumpulan C selepas  mencatat kemenangan tipis ke atas Johor FC di Stadium Sultan Mohamed Ke - IV, semalam. Disaksikan hampir 12,000 penyokong setia dengan keadaan permukaan padang yang licin selepas hujan lebat, The Red Warriors memulakan dengan aksi hambar apabila Johor FC terlebih dahulu menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke 11 yang disempurnakan oleh Edy Helmi Abdul Manan.

Tersentak dengan jaringan itu, The Red Warriors menggandakan asakan bertali arus ke arah pintu gol Johor FC yang dikawal kemas oleh Mohd Anis Faron. Pemain pertahanan Johor FC berjaya mengawal ketat Norshahrul Idlan Talaha dan Azamuddin Mohd Akil menyebabkan pergerakan kedua – dua penyerang ini agak terbatas apabila mendapat hantaran dari rakan – rakan.

Walaubagaimanapun, pada minit ke 16, jaringan penyamaan The Red Warriors terhasil apabila Shakir Shaari membuat rembatan kencang dari jarak lebih kurang 40 meter dan tertampan kaki pemain pertahanan Johor FC dan menerjah ke gawang gol mengeliirukan penjaga gol Johor FC, Mohd Anis Faron. Perlawanan pada separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1 – 1.
Kesebelasan utama Kelantan.

Bermula separuh masa kedua, Johor FC hampir mendahului dengan rembatan Mohamed Rashid tetapi Sharizan Ismail bijak menepis rembatan tersebut. Dengan corak permainan berhati – hati oleh kedua – dua pasukan, perlawanan dilihat sedikit hambar dengan hantaran – hantaran lemah akibat daripada bola licin. Walaupun perlawanan dikuasai oleh The Red Warriors, Johor FC berjaya membuat beberapa serangan balas dan hampir – hampir memperolehi gol kedua.

Kesebelasan utama Johor FC.

Tatkala perlawanan dilihat seolah – olah berkesudahan seri, muncul penyerang gantian The Red Warriors, Muhammad Ramzul Zahini Adenan menjadi hero apabila manjaringkan gol kemenangan The Red Warriors pada minit ke 89 hasil dari kekalutan di depan pintu gol Johor FC.

Berpunca dari hantaran lintang Nurul Azwan Roya dari sebelah kiri padang dan tandukan kurang kemas oleh pemain pertahanan Johor FC seterusnya jatuh betul – betul di kaki Ramzul dan terus merembat masuk menewaskan Mohd Anis Faron buat kali kedua. Dengan kemenangan kedua ini, The Red Warriors mengukuh kedudukan di atas carta Kumpulan C dengan 6 mata.


Selepas ini The Red Warriors akan berkunjung ke Stadium Selayang pada Rabu ini untuk bertemu dengan Felda United FC untuk perlawanan ketiga pusingan pertama saingan Piala Malaysia 2011. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801 jam 8.30 malam.

Carta  Kumpulan C | Perlawanan 2 | Sokernet.

Ayuh penyokong – penyokong setia The Red Warriors yang menetap di Lembah Klang agar sama – sama memenuhi Stadium Selayang untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan kita Kelantan The Red Warriors. Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!!

Keputusan perlawanan kedua Piala Malaysia 2011.


Graphic Wallpaper : Bolasepak Malaysia
Foto oleh : J Photography
Video oleh : http://sokernet.com
Ditulis oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment