Saturday, September 10, 2011

Prebiu Kelantan vs Johor FC.

Kelantan vs Johor FC

Malam ini Kelantan akan menerima kunjungan kelab dari selatan tanahair iaitu pasukan Johor FC dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Malaysia 2011 di stadium Sultan Mohamed Ke – IV, Kota Bharu. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di RTM1 pada jam 8.30 malam.

Pada saingan Liga Super 2009, Johor FC adalah pasukan yang liat untuk dikalahkan oleh Kelantan dimana Kelantan tewas tipis dalam kedua – dua perlawanan yang berlangsung di Kota Bharu & Pasir Gudang. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan – Johor FC pada tahun 2009.

Liga Super 2009 : Johor FC [2] vs [1] Kelantan | Stadium JCorp Pasir Gudang.
Liga Super 2009 : Kelantan [1] vs [2] Johor FC | Stadium Sultan Mohamed ke-IV


Bermula tahun 2010, Johor FC gagal untuk meneruskan momentum kemenangan ke atas Kelantan apabila dibelasah teruk oleh pasukan Kelantan yang rata – rata telah dibarisi oleh pemain – pemain bintang. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan – Johor FC dalam saingan Liga Super 2010.

Liga Super 2010 : Johor FC [1] vs [3] Kelantan | Stadium JCorp Pasir Gudang.
Liga Super 2010 : Kelantan [4] vs [1] Johor FC | Stadium Sultan Mohamed ke-IV.



Seterusnya pada tahun 2011, pasukan Kelantan meneruskan momentum kemenangan ke atas Johor FC dalam perlawanan Liga Super dan juga Piala FA. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan - Johor FC pada tahun 2011.

Liga Super 2011 : Kelantan [4] vs [1] Johor FC | Stadium Sultan Mohamed ke-IV.
Liga Super 2011 : Johor FC [0] vs [1] Kelantan | Stadium JCorp Pasir Gudang.
Piala FA 2011    : Johor FC [0] vs [1] Kelantan | Stadium JCorp Pasir Gudang.



Ini merupakan pertemuan penting dan dijangka sengit bagi kedua – dua pasukan kerana Kelantan memerlukan tiga mata penting untuk mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan C. Manakala bagi Johor FC sudah pasti memerlukan tiga mata berharga untuk mencerahkan peluang untuk mara ke peringkat suku akhir setelah dikecewakan oleh Felda United pada perlawanan pembukaan tempohari di Pasir Gudang.




Seperti yang diketahui sebelum ini, pasukan Johor FC amat liat untuk ditewaskan oleh Kelantan dalam dua perlawanan terakhir dimana Kelantan hanya mencatat kemenangan tipis 1 – 0 hasil jaringan Kapten pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi dalam kedua – dua perlawanan yang berlangsung di Pasir Gudang.
Siaran secara langsung di RTM 1.

Mampukah Kelantan The Red Warriors meneruskan rentak kemenangan ke atas Johor FC, sama – sama kita nantikan dalam perlawanan tumpuan pada malam ini. Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!!


Graphic Wallpaper : Md Ery Studio
Ditulis oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment