Tuesday, September 27, 2011

Siapa Lawan Kelantan...???

Pasukan manakah yang akan menjadi lawan bagi pasukan Kelantan diperingkat suku akhir nanti, itulah yang menjadi persoalan di benak setiap para penyokong setia The Red Warriors. Persoalan ini timbul kerana pasukan Kelantan dan Felda United berkongsi 10 mata setelah masing – masing mencatat 3 kemenangan 1 seri dan 1 kekalahan, tetapi kelebihan jaringan sedikit memihak kepada pasukan Kelantan.

Begitu juga dengan pasukan di kumpulan B, di mana pendahulu kumpulan B, Negeri Sembilan juga berkongsi 12 mata dengan Terengganu dengan kelebihan jaringan memihak kepada Negeri Sembilan. Perlawanan pada malam ini lah yang akan menjadi penentu kepada lawan sebenar bagi pasukan Kelantan dalam saingan suku akhir nanti.



Negeri Sembilan

Pasukan Negeri Sembilan merupakan finalis bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 dan 2010 di mana menyaksikan Negeri Sembilan membenam Kelantan 3 – 1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada tahun 2010 pula sekali lagi Kelantan dan Negeri Sembilan bertemu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di mana giliran Kelantan pula merangkul kejuaraan berprestij itu buat kali pertama dengan menewaskan Negeri Sembilan 2 – 1.

Negeri Sembilan mungkin boleh dianggap pasukan yang kerdil bagi saingan Piala FA dan Liga Super apabila gagal melepasi pusingan kedua Piala FA dan sekadar menghuni tangga ke 8 carta Liga Super 2011. Tetapi untuk saingan Piala Malaysia, Kekuatan pasukan ini tiba – tiba berubah dan sentiasa mengungguli carta kumpulan. Buktinya jelas di sini apabila Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dua tahun berturut – turut.

Tetapi kalu dibandingkan kekuatan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan, boleh dikatakan agak seimbang kerana apabila diteliti rekod pertemuan untuk kedua – dua pasukan ini,  masing – masing telah mencatat  5 kemenangan, 2 seri dan 5 kekalahan dari  12 perlawanan terakhir. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan dan Negeri Sembilan sejak tahun 2009 dalam Liga Malaysia.






Kelantan [0] vs [1] N. Sembilan | Separuh Akhir 1 Piala FA 2009 | SSMIV
Kelantan [2] vs [1] N. Sembilan | Separuh Akhir 2 Piala FA 2009 | STAR
Kelantan [1] vs [2] N. Sembilan | Pusingan 1 Liga Super 2009 | SSMIV
Kelantan [0] vs [2] N. Sembilan | Pusingan 2 Liga Super 2009 | STAR
Kelantan [1] vs [3] N. Sembilan | Final Piala Malaysia 2009 | SNBJ

Kelantan [3] vs [1] N. Sembilan | Pusingan 1 Liga Super 2010 | STAR
Kelantan [1] vs [0] N. Sembilan | Pusingan 2 Liga Super 2010 | SSMIV
Kelantan [0] vs [1] N. Sembilan | Kumpulan Piala Malaysia 2010 | SSMIV
Kelantan [2] vs [2] N. Sembilan | Kumpulan Piala Malaysia 2010 | STAR
Kelantan [2] vs [1] N. Sembilan | Final Piala Malaysia 2010 | SNBJ

Kelantan [3] vs [0] N. Sembilan | Pusingan 1 Liga Super 2011 | SSMIV
Kelantan [0] vs [0] N. Sembilan | Pusingan 2 Liga Super 2011 | STAR



Terengganu

Pasukan Terengganu juga merupakan finalis tetapi untuk saingan Piala FA  2011 di mana Kelantan tewas 1-2 kepada Terengganu dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  Pasukan Terengganu ini sukar dijangka kekuatan mereka kerana dalam sesetengah perlawanan pasukan ini amat liat untuk ditewaskan tetapi di suatu masa lain pula mereka mudah dibelasah sehingga 3 – 0 oleh pasukan Kelantan.

Memang pasukan Terengganu ialah sebuah pasukan yang sukar untuk dijangka kekuatan mereka. Ini terbukti dalam beberapa perlawanan dalam saingan Liga Malaysia semenjak tahun 2009. Pasukan Terengganu juga terkenal dengan gelaran pasukan “Comeback”  apabila sering bangkit menjaringkan gol di saat akhir setelah ketinggalan di awal babak perlawanan.

Kekuatan pasukan Kelantan dengan Terengganu juga boleh dikatakan agak seimbang tetapi kalau dibandingkan rekod pertemuan,  ternyata kelebihan itu sedikit memihak kepada Kelantan di mana Kelantan telah mencatat  3 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan dari  7 perlawanan terakhir. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan dan Terengganu sejak tahun 2009 dalam Liga Malaysia.







Kelantan [3] vs [2] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2009 | SSMIV
Kelantan [0] vs [2] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2009 | SSINS

Kelantan [0] vs [0] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2010 | SSINS
Kelantan [3] vs [0] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2010 | SSMIV

Kelantan [1] vs [1] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2011 | SSMIV
Kelantan [3] vs [0] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2011 | SSINS
Kelantan [1] vs [2] Terengganu | Final Piala FA 2011 | SSINS



Carta Piala Malaysia 2011.


Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu memiliki kekuatan seimbang dan tidak hairanlah mengapa jurulatih pasukan Kelantan, Datuk M. Karathu mengatakan tidak gentar dan bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja samada pasukan Negeri Sembilan mahupun pasukan Terengganu di peringkat suku akhir Piala Malaysia pada 10 & 14 Oktober nanti.



Picture : OrenKecik | GraphicSokernet.com
Sumber Info : Acu Anasz , Khairul Kelate Tuhh 
Ditulis oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment