Tuesday, November 15, 2011

Perang Psikologi Malaysia - Indonesia.




Indonesia vs Malaysia, 17 Nov 2011, 8.00 malam.

Dua hari sebelum sepak mula perlawanan terakhir bola sepak peringkat Kumpulan A Sukan SEA Indonesia 2011 antara tuan rumah Indonesia dengan Malaysia, laman sosial facebook mula hangat dengan perang psikologi antara kedua - dua penyokong fanatik masing – masing.

Seperti biasa, penyokong dari seberang terlebih dahulu mengunjungi page – page bolasepak Negara dengan membuat provokasi - provokasi  melampau sehinggakan ada segelintir penyokong – penyokong  fanatik Harimau Malaya yang  tidak dapat menahan kesabaran turut sama terlibat dalam perang psikologi ini.

Perlawanan ini diibaratkan sebagai perlawanan akhir oleh penyokong kedua – dua pasukan apatah  lagi sudah hampir setahun berlalu mimpi ngeri buat penyokong – penyokong Indosnesia  setelah Timnas mereka dibelasah 3 – 0 oleh Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lalu sekaligus gagal untuk menjulang Piala AFF 2010.

Bagi pemain – pemain Malaysia pula, perang psikologi begini dilihat sudah biasa bagi mereka apatah lagi bagi mereka yang pernah bermain untuk pasukan Negara dalam saingan Piala AFF 2010 di mana mereka terpaksa menaiki kereta perisai Baracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno, akibat dari tekanan melampau hasil provokasi dari penyokong – penyokong fanatic Indonesia.

Lagipun ketika dalam perlawanan – perlawanan sebelum ini menentang Singapura, Thailand & Kemboja, skuad muda Malaysia sudah dikecam hebat oleh penyokong – penyokong Indonesia yang hadir ke Stadiun Gelora Bung Karno. Seolah – olah pasukan Negara berada di Singapura, Thailand & Kemboja dalam perlawanan tersebut.

Diharap dalam perlawanan 17 November nanti, skuad muda negara dapat menyerap segala tekanan & sebarang provokasi melampau dari penyokong – penyokong fanatik pasukan tuan rumah bagi mencerahkan peluang untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2009. 

Akhir kata…Berjuanglah Pahlawanku Demi Negara…!!! Selamanya Harimau Malaya…!!!

Ditulis oleh : Nick Hafiz

1 comment:

  1. selamanya..HARIMAU MALAYA...malaysia boleh...

    ReplyDelete