Monday, November 21, 2011

Butler Gembira Aksi Antwi, Okine.




Peter James Butler.

Jurulatih import Kelantan, Peter James Butler, berpuas hati dengan aksi dipamerkan dua pemain import dari Ghana, Danny Antwi, 18, dan Emmanual Okime, 19, ketika diturunkan menentang Maldives dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jumaat lalu.

Pada perlawanan itu, The Red Warriors menang 2-1 hasil dua jaringan daripada Danny Antwi. Bagaimanapun, jurulatih berusia 45 tahun itu, enggan mengulas lanjut sama ada kedua-dua pemain berkenaan bakal menyarung jersi Kelantan, musim hadapan.

“Dua gol dari Danny memang bagus dan bagi saya kedua-dua pemain import itu mempunyai potensi besar serta contoh pemain baik untuk masa hadapan.

“Namun, saya serahkan semuanya pada pihak pengurusan KAFA kerana itu bukan bidang kuasa saya,” katanya.

Ditulis oleh : Iqilil Dhania Mohamad
Sumber : Sinar Harian Online - Sukan

No comments:

Post a Comment