Kesebelasan utama Kelantan semalam. |
Kekalahan pertama di alami oleh pasukan Kelantan dalam perlawanan persahabatan Pra Musim 2012 apabila tewas 1 – 3 kepada N. Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam. Beraksi di atas padang yang becak menyukarkan pasukan Kelantan untuk melakukan serangan – serangan ke arah pintu gol Negeri Sembilan.
Jika dilihat dari gol – gol yang dijaringkan oleh pasukan Negeri Sembilan semalam, terdapat kepincangan berlaku di bahagian pertahanan & penjaga gol. Dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat & Sharizan Ismail, posisi itu masih belum dapat disisi oleh pengganti yang betul – betul berkaliber.
Beraksi tanpa tonggak utama seperti Norshahrul Idlan Talaha, Shakir Shaari, Indraputra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad, Azizi Matt Rose dan pemain import dari Lubnan, Muhammad Ghaddar yang baru tiba dari Beirut semalam mendedahkan kepincangan pasukan Kelantan apabila ketiadaan pemain utama.
Tetapi perkara itu tidak boleh dijadikan alas an apabila pasukan mengalami kekalahan kerana pasukan Kelantan akan bertanding dalan saingan diperingkat Asia iaitu dalam pertandingan Piala AFC tahun depan, ke semua 25 pemain hendaklah mempunyai taraf keupayaan yang sama.
Tetapi dalam perlawanan semalam jurulatih Peter James Butler lebih kepada mencuba pemain – pemain muda dari skuad Piala Presiden untuk digandingkan dengan pemain – pemain import. Setakat ini pemain import posisi penyerang dari Ghana , Deeny Antwi menunjukkan prestasi yang baik apabila telah menjaringkan 6 gol dalam empat perlawanan persahabatan.
Diharap sebelum sepak mula Perlawanan Sumbangsih Januari tahun hadapan, pasukan Kelantan dapat menubuhkan satu pasukan yang digeruni dan mampu mencabar setiap pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia dan juga peringkat Asia dalam pertandingan Piala AFC.
Ditulis oleh : Nick Hafiz
Foto : Flirtycious Production
No comments:
Post a Comment