Denny Antwi. |
Perlawanan persiapan musim baru Liga Malaysia The Red Warriors bermula cemerlang apabila membenam cabaran skuad kebangsaan Maldives 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Walaupun menurunkan kesebelasan simpanan, dua jaringan sumbangan Denny Antwi sudah cukup buat Kelantan mengembirakan hampir 5000 penyokong setia mereka yang bertandang untuk menyaksikan perlawanan.
Namun babak awal perlawanan menyerlahkan ketempangan Sang Kijang apabila mudah dibolosi Maldives hasil jaringan Ali Ashfaq pada minit ke-5.
Bagaimanapun, The Red Warriors tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas Denny Antwi menyempurnakan hantaran pemain import percubaan, Zacharia Charara pada minit ke-22.
Pemain import Kelantan dalam percubaan, Zakaria Charara. |
Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk menambah gol tetapi ketumpulan penyudah di bahagian serangan nyata menjadi masalah besar.
Bersambung babak kedua, ketua jurulatih Kelantan, Peter James Butler membuat sedikit perubahan taktikal dan nyata percaturan tersebut memberi tekanan kepada pasukan pelawat. Mujurlah jentera penyudah Kelantan gagal menjelmakan jaringan seperti yang dinanti-nantikan.
Sehinggalah pada masa tambahan, Kelantan akhirnya menerima laba hasil dari usaha tidak pernah jemu selepas Denny Antwi melakukan jaringan kedua peribadi dan gol kemenangan untuk memberikan kejayaan pertama The Red Warriros dalam perlawanan kompetetif bertaraf A.
Foto : J Photography, Dunia Sukan Online
Artikel asal : J Photography
No comments:
Post a Comment