Thursday, November 24, 2011

Sorakan Ultras Malaya...!!!




Ultras Malaya 2007.

BUKIT JALIL - Sebahagian penyokong-penyokong Malaysia yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan bola sepak kelayakan Sukan Olimpik Kumpulan C bertemu Syria.

Sejam sebelum perlawanan dimulakan penyokong Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya mula bersorak dan menyanyi. Ia sekali gus membangkitkan mood sesiapa sahaja yang berada di dalam stadium.

Kemunculan barisan pemain negara mencetuskan suasana bingit dan laungan ‘OOOOOOOOOOOOOOOOOO MA, LAY, SIA! ’ bergema setiap penjuru stadium.

Ultras Malaya 2007.

Semua penyokong Malaysia juga berdiri bagi menghormati pasukan lawan ketika lagu kebangsaan Syria dimainkan.

Sebahagian penyokong Syria (Gambar kecil) menyokong pasukan mereka yang hadir semalam. Malaysia yang baru sahaja menang perlawanan akhir Sukan Sea, Isnin lalu tumpas kepada Syria dengan 0-2.

Foto : Bernama, Due Anok Ghima
Sumber : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment