Tuesday, November 8, 2011

Ghaddar Ikat Kontrak 2 Tahun Dengan KAFA.




Muhammed Ghaddar Jersi No. 22.

KOTA BHARU - Penyerang antarabangsa Lebanon, Mohammed Ghaddar menjadi pilihan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila mengikat kontrak dua tahun untuk menyarung jersi The Red Warriors. Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, dua lagi pemain iaitu Emmanuel Okine dan Denny Antwi (kedua-duanya Ghana) mengikat kontrak tiga tahun bersama Kelantan.


Biodata Muhammed Ghaddar.

Turut serta bersama Kelantan ialah trio musim lalu iaitu Indraputra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose yang mengambil keputusan untuk kembali beraksi bersama Kelantan. Selain itu, bekas pemain Kedah musim ini yang berasal dari negeri ini, Azlan Ismail turut sah beraksi bersama Kelantan.


Lebanon International Striker.

Mohammad Ghaddar, pemain import TRW Musim 2012 (kontrak 2 musim) akan diturunkan semasa perlawanan persahabatan menentang Skuad Kebangsaan Maldives di Kuala Lumpur 18 Nov nanti. Walau bagaimanapun, menurut Tan Sri Annuar Musa, Ghaddar tidak akan bermain sepenuh masa, kerana terlibat dengan perlawanan bersama Skuad Lubnan sebelum tarikh tersebut. Ghaddar dijangka bersama-sama pasukan TRW di Kuala Lumpur pada 17 Nov ini.


Gambar : Wawan Faiz
Sumber : Sinar Harian Online - Edisi Kelantan

No comments:

Post a Comment