Penyerang Kebangsaan, Fakri Sarani ketika menentang Myanmar. |
PENYERANG skuad Olimpik negara, Ahmad Fakri Saarani berharap, peminat tempatan memberikan suntikan semangat kepadanya bagi menghadapi Bahrain dalam aksi kelayakan Sukan Olimpik London 2012, malam esok.
Biarpun dirinya dikritik hebat dan dicemuh peminat kerana kegagalannya beraksi baik berdepan Syria, Rabu lalu, Fakri menganggap perkara tersebut sebagai motivasi tambahan kepadanya.
“Peminat berhak membuat apa sahaja termasuk mencaci diri saya. Namun, ia sedikit pun tidak memberi kesan mendalam kepada saya walaupun hati ini sedikit terkilan dengan segelintir peminat yang seolah-olah tidak menghargai sumbangan kepada pasukan.
“Saya berharap penyokong dapat hadir ke stadium kerana sedikit sebanyak membantu keyakinan dalam diri saya dan pasukan ,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Padang Majlis Sukan N, semalam.
Pada pertemuan menentang Syria lalu, Fakri bergandingan dengan A Thamil Arasu di bahagian depan sementara Wan Zack Haikal beraksi di posisi tengah.
Malaysia perlu menewaskan Bahrain dalam usaha memburu slot ke London, selepas kali terakhir beraksi di temasya berkenaan pada 1972 di Munich, Jerman Barat.
Ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang, Iqlil Dhania Mohamad
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Harimau Malaya
-6perlawanan terakhir score 1 gol
ReplyDelete-berpuluh2 peluang terbaik
-beratus2 bakul caci maki
(statistik fakri)
lagumano nk jd striker kalu lagu ning..
kalu nk menang jgn masukkn fuckri 1st eleven...tolongggggg lah
ReplyDelete