Wednesday, November 23, 2011

Baddrol Yakin Kemampuan Rakan.




Pemain Harimau Muda meraikan kejayaan Baddrol menjaringkan gol penentuan penalti.


KAPTEN pasukan skuad Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar yakin rakan-rakannya yang berada dalam skuad Olimpik mampu menggalas cabaran untuk menentang Syria malam ini walaupun berdepan dengan tempoh rehat yang pendek.

Meskipun sedih kerana tidak dapat bersama rakan-rakannya yang lain berikutan syarat barisan pemain bagi kelayakan Olimpik sekarang pemain haruslah sekurang-kurangnya berumur 22 tahun, Baddrol tetap bersemangat dan berharap kemenangan akan berpihak kepada pasukan negara.

“Walaupun kami semua masih belum dapat merehatkan diri sepenuhnya berikutan jadual perlawanan yang padat, namun itu bukanlah alasan untuk rakan-rakan yang lain untuk tidak melakukan yang terbaik malam nanti.

“Apa yang penting berikan mereka semangat kerana bagi saya sebagai pemain, kepercayaan dan juga soko­ngan peminat turut merupakan perkara penting bagi kami dalam menghadapi perlawanan getir,” katanya.

Sebelum bertemu Syria, skuad Olimpik kebangsaan tumpas 0-2 kepada Jepun di Fukuoka pada perlawanan pertama, 21 September lalu.

Ditulis oleh : Norashikin Leman
Sumber : Sinar Harian Online - Sukan | Harimau Malaya

No comments:

Post a Comment