Pemain Harimau Muda terima ganjaran lumayan. |
SELURUH skuad Harimau Muda yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam Sukan Sea 2011 akan diberi kurnia oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.
Menurut Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin sejumlah RM30,000 akan diberikan kepada setiap pemain dan pegawai dalam skuad itu.
“Kurnia itu diberikan oleh presiden kerana kali ini, pasukan kita bukan sahaja berjaya membawa pulang emas namun, mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang temasya berlangsung.
“Sekali gus, menunjukkan perkembangan buat sukan bola sepak. Jika dua tahun lepas kita memenangi emas dan itu satu sejarah setelah hampir 20 tahun menyepi.
“Dan kali ini ia adalah satu lagi perkara lain apabila kita berjaya mempertahankan emas dan menunjukkan kita semakin baik dan terus maju,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.
Selain itu, Hamidin memaklumkan Sultan Ahmad memuji semangat juang anak didik Ong Kim Swee itu, ketika beraksi di stadium Utama Gelora Bung Karno.
“Bukan mudah ketika bermain di sana dan mereka memang mempunyai semangat juang yang tinggi, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai perkara,” katanya.
Ditulis oleh : Iqlil Dhania Mohamad
Sumber : Sinar Harian Online - Sukan | Harimau Malaya
No comments:
Post a Comment