Saturday, November 19, 2011

In Fakri We Trust...!!!




Fakri Sarani ketika menentang Singapura.

HERO baru bagi skuad Harimau Muda Malaysia, Ahmad Fakri Sarani telah mengharumkan nama Negara setelah gol tunggal beliau di minit ke 85 perlawanan menentang Myanmar tadi di Stadium Gelora Bung Karno telah membawa Malaysia ke pentas perlawanan Akhir Acara Sukan SEA Indonesia 2011.

Jika sebelum ini beliau dicemuh oleh segelintir penyokong fanatik Harimau Malaya ekoran prestasi hambar sepanjang perlawanan di Sukan SEA ini, tetapi petang tadi beliau telah membuktikan bahawa beliau masih berbisa dengan menjaringkan gol kemenangan Malaysia pada minit - minit akhir perlawanan.

Pada Sukan SEA Laos 2009, Fakri juga telah menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk skuad Malaysia ketika Malaysia menumpaskan Thailand 2 - 1 di perlawanan terakhir peringkat kumpulan dan seterusnya menyaksikan Malaysia mara ke peringkat separuh akhir.

Kali ini dalam Sukan SEA Indonesia 2011, Malaysia sekali lagi mara ke perlawanan akhir setelah menewaskan pasukan Myanmar 1 - 0 pada perlawanan separuh akhir sebentar tadi dan akan menentang Indonesia pada 21 November ini setelah Indonesia menewaskan Vietnam dengan jaringan 2 - 0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir..

Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu di Sukan SEA Laos 2009 dan peluang ini seharusnya dimanfaat sepenuhnya oleh anak - anak buah Ong Kim Swee untuk merangkul "Raja" segala pingat di sukan SEA iaitu PINGAT EMAS ACARA BOLASEPAK.

Ayuh Harimau Muda, buktikan bahawa Malaysia adalah RAJA BOLASEPAK di Asia Tenggara...!!! You'll Never Walk Alone...!!! Selamanya Harimau Malaya...!!!

Foto : Wawan faiz
Ditulis oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment