Saturday, November 26, 2011

Magis Apex Ditagih Sekali Lagi.




Ketenangan & kecekapan Apex ditagih sekali lagi apabila bertemu Bahrain esok.

SENTUHAN magis penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai ‘Apex’ sekali lagi ditagih pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Meskipun dibolosi dua kali pada aksi menentang Syria Rabu lalu, menerusi S. Solaiman dan Nas- souh Nakkdahli, persembahan ‘Apex’ ternyata cukup cemerlang apabila berjaya mengagalkan beberapa percubaan bahaya Syria.

Persembahan cemerlang kapten skuad Harimau Muda itu juga antara faktor atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 baru-baru ini.

Namun, bagi pemain kelahiran Kelantan itu, dia tidak mahu mengingati kekalahan mahupun kemenangan manis pada Sukan SEA, sebaliknya mahu membaiki kesila- pan dalam usaha untuk terus menampilkan aksi buat pasukan negara.

Jelasnya, dia sangat berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan tetapi ia harus dilupakan terlebih dahulu bagi memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan menentang Bahrain ini.

“Apa yang penting, kami perlu melupakan kekalahan lalu (bertemu Syria) dan memperbaiki kesilapan dengan segera untuk terus memberikan persembahan yang terbaik ketika menentang Bahrain nanti.

“Apa yang menjadi keutamaan kini adalah mahu membantu pasukan memburu tempat kedua dalam saingan Kumpulan C ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Lantaran itu, dia menyeru rakan- rakan sepasukan supaya beraksi dengan lebih bersungguh-sungguh dan fokus sepanjang 90 minit permainan tersebut kelak.

Katanya, kekalahan kepada Syria juga antara faktornya untuk kembali bangkit dan berazam untuk terus mempamerkan persembahan yang memberangsangkan.

“Saya berharap kami dapat memberikan fokus seratus peratus ketika beraksi selama 90 minit menentang Bahrain tanpa melakukan sebarang kesilapan kecil dan memanfaatkan peluang untuk menja- ringkan gol.

“Kekalahan kepada Syria juga menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus berusaha dan berazam untuk melakarkan kemenangan pertama jurulatih, Ong Kim Swee di laman sendiri,” ujarnya.

Foto : Shazli Shamsuddin Photography
Ditulis oleh : Mohd Fazli Mohd Yadi
Sumber : Kosmo! Online - Sukan

No comments:

Post a Comment