Thursday, November 17, 2011

Drama Kekalahan Skuad Senior Berterusan.




Perlawanan Persahabatan Antarabangsa.

Drama kekalahan skuad senior Negara dilihat beterusan apabila giliran India yang berada di ranking 160  pula membenam Malaysia yang berada di ranking 151 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di India. Perlawanan persahabatan ini berlangsung sebanyak 2 pusingan, tetapi kedua – dua  perlawanan tersebut diadakan di India iaitu perlawanan pusingan pertama bermain di Stadium Indira Gandhi & perlawanan kedua di Stadium Kalkota.

Dalam perlawanan pertama India berjaya mengikat Malaysia dengan jaringan 1 - 1.  Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Shafiq Rahim. Dalam perlawanan itu Malaysia dilihat menguasai permainan tetapi gagal menterjermahkan dalam bentuk jaringan ditambah pula dengan kecekapan penjaga gol India. Menurut jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagopal, beliau nyata kecewa apabila dibolosi pada minit – minit akhir perlawanan.

Pemain negara, S. Kunanlan diasak oleh pemain India.

Manakala perlawanan kedua semalam India berjaya mencatat kemenangan tipis 3 - 2 ke atas Malaysia. Gol – gol Malaysia dijaringkan oleh penyerang berbisa Negara, Safee Sali. Dalam perlawanan semalam, India terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 39 menerusi Sunil Chetri dan selepas itu pada minit – minit akhir babak separuh masa pertama berakhir, Safee Sali berjaya menyamakan kedudukan dengan rembatan kencang menewaskan penjaga gol India.

Bermula separuh masa kedua, pada minit ke 47, India sekali lagi berada di depan hasil jaringan dari Jeje Lalpekhlua. 5 minit kemudian, Sunil Chetri sekali lagi menjaringkan gol untuk pasukannya menjadikan kedudukan Malaysia ketinggalan 1 – 3 kepada India. Selepas itu, Safee Sali berjaya menambah jaringan untuk merapatkan kedudukan 2 – 3. Sehingga tamat perlawanan, skuad Negara buntu untuk mencari gol penyamaan. Perlawanan berkesudahan Malaysia tewas 3 – 2 kepada India.

Wallpaper : Fitri Roslan, Bolasepak Malaysia
Ditulis oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment