Wednesday, November 23, 2011

Sambutan Tiket Hambar.



SAMBUTAN terhadap tiket perlawanan antara Malaysia bertemu Syria dalam aksi kedua Kumpulan C Kelayakan Olimpik London 2012 kurang memberangsangkan, apabila sejak semalam kira-kira hanya 2,000 tiket termasuk jualan menerusi dalam talian terjual.

Menurut Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin pihaknya menyasarkan sekurang-kurang 20,000 tiket akan terjual pada hari ini memandangkan kaunter tiket baru sahaja dibuka pagi semalam.

“Saya harap esok (hari ini), lagi ramai peminat bola sepak akan membeli tiket bagi menonton perlawanan ini, tetapi apa pun kami menyasarkan 20,000 tiket akan terjual.

“Tetapi jika tiket banyak terjual, lebih bagus kerana kita memang mahu mereka beramai-ramai datang menyokong pasukan Malaysia sebagai pembangkit semangat,” katanya.

Tiket bagi tempat duduk utama (Grand Stand) dijual pada harga RM40, manakala RM20 (Terbuka). Peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket berkenaan di Stadium Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 dan 23 November ini.

Tiket juga boleh dibeli secara online melalui www.tickethotline.com.my. Perlawanan itu akan berlangsung pada Rabu ini, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, jam 8.45 malam.

Ditulis oleh : Wartawan Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian Online - Sukan | Harimau Malaya

1 comment:

  1. wi pree la skaliskalo.ko pemain bulih wi 30k soram,xkey ko nyokong xle blanjo etek..haha

    ReplyDelete