Khairul Fahmi Che Mat. |
KHAIRUL Fahmi Che Mat membuktikan dirinya wajar diangkat antara penjaga gawang terbaik di Malaysia selepas menidakkan beberapa serangan berbahaya pasukan Syria, semalam.
Biarpun masih kepenatan akibat mengharungi perlawanan di Sukan Sea Jakarta lalu, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu untuk terus menyumbangkan kudrat.
Lebih selesa dipanggil Apex, aksinya begitu tangkas terutamanya menepis dua percubaan M Zakaria Al Omari dan Solaiman Solaiman pada babak pertama.
Namun begitu, kekebalan benteng pertahanan negara runtuh jua apabila Solaiman menghasilkan jari-ngan menerusi tandukan pada m-52.
Apex sekali lagi berjaya mempertahankan gawangnya daripada digegar buat kali kedua dengan menepis tendangan Mohammed Fares.
Tetapi, Apex tewas jua akhirnya menerusi jaringan Nassouh Nakkdahli pada lewat permainan babak kedua.
Ditulis oleh : Afdah Mujap, Mohd Fahmi Ismail
Sumber : Sinar Harian Online - Sukan
"TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"
ReplyDeleteSearching for MALAYSIA FOOTBALL TEAM jersey? sweater? for ladies? baby?
Get everyone to be part of HARIMAU MALAYA, put your jersey to everyone now, no excuse !
Follow this link http://cebagoomarket.blogspot.com/