Saturday, November 26, 2011

Beri Ruang Fakri Buktikan Kebolehan.




Aksi Fakri ketika menentang Myanmar.

PENYERANG negara, Ahmad Fakri Saarani tidak wajar dipersalahkan, hanya kerana gagal menjaringkan gol ketika beraksi bersama pasukan bola sepak kebangsaan.

Pengendali Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah berkata, menjadi harapan dan matlamat setiap pemain untuk menjaringkan gol buat pasukannya.

“Saya yakin Fakri tidak mahu ini semua terjadi, kerana adalah menjadi impian mana-mana pemain sekalipun melakukan yang terbaik semasa berada di padang.

“Tiada guna kita hanya mengkritik dan mencaci keterlaluan, sebaliknya perlu berfikiran positif dengan memberi kata-kata semangat dan perangsang kepadanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Azraai berkata, setiap pihak perlu memberi peluang kepada Fakri bagi membuktikan kebolehannya dalam skuad negara.

“Tidak adil menyalahkan Fakri kerana dia masih baru dalam peringkat kebangsaan. Namun, dia tetap mempunyai kebolehan dan kekurangan tersendiri,” katanya.

Tindakan keterlaluan pihak tertentu memperkotak-katikkan nama Fakri yang keterlaluan amat mengecewakan sedangkan sukan sepatutnya diadili secara profesional.

Ditulis oleh : Intan Athirah Rebuwang
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolasepak | Harmau Malaya

No comments:

Post a Comment