Obinna Nwaneri dar Nigeria. |
KOTA BHARU – Hasrat penyokong setia Kelantan untuk menyaksikan kelibat dua pemain import terbaru, Obinna Nwaneri dan Samad Awudu Okocha tercapai apabila kedua-duanya sah beraksi menentang kelab Balestier Khalsa FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam esok (hari Ini).
Nwaneri, 30 dari Nigeria akan beraksi di posisi pertahanan tengah sementara Okocha yang tiba di Kota Bharu tengah hari ini (semalam) akan mengetuai jentera serangan The Red Warriors dalam perlawanan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Kawalan Pintu dan Tiket Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Othman Zakaria berkata, mengesahkan kedua-dua pemain itu akan beraksi setelah segala urusan dokumentasi berkaitan mereka berjaya diselesaikan dalam masa terdekat.
“Sebelum ini Nwaneri gagal di turunkan ketika Kelantan bertemu skuad senior kebangsaan di Bukit Jalil Rabu lalu. Namun hari ini saya mengesahkan beliau dan Okocha akan menyarung jersi Kelantan dalam perlawanan malam esok,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasanya semalam.
“Saya berharap peminat setia The Red Warriors hadir beramai-ramai ke stadium malam esok (hari ini). Sementara itu, Othman berkata, sebanyak 10,000 tiket perlawanan Kelantan menentang kelab Balestier Khalsa FC akan mula dijual di kaunter tiket stadium bermula hari ini.
“Tiket perlawanan akan dijual bermula jam 9 hingga 12 tengah hari ini dan disambung jam 3 hingga 6 petang. Jadi saya harap peminat memanfaatkan cuti rehat pada hari ini dengan membeli tiket lebih awal.
“Harga tiket bagi perlawanan ini ialah RM30 bagi tempat duduk astaka utama, RM20 astaka kedua, RM12 tiket terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun,” katanya.
Ditulis oleh : Wartawan Sinar Harian
Sumber : Sinar Harian Online - Arena Bolesepak | Liga Malaysia
Harap admin tukar background blog yang hitam ini kerana sukar di baca. Sebenarnya warna merah dan hitam tak sesuai sebagai tulisan dan background.
ReplyDelete