Monday, February 6, 2012

Apex Pakai "Bodyguard."





Khairul Fahmi Che Mat.

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan pertama menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.

Beliau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang juga penjaga gawang utama ‘The Red Warriors’ dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbul-nya pelbagai isu negatif terhadapnya.

Bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Khairul Fahmi menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apek perlu memandangkan beliau kini menjadi idola bukan saja di Malaysia, malah di rantau ini.

Dengan adanya pengawal peribadi, ia bukan bermakna peminat Apek tidak boleh mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apek dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali penjaga gol kebangsaan itu turun beraksi

Foto : Shazli Shamsuddin Photography

No comments:

Post a Comment