Friday, January 13, 2012

Peter Butler Tak Peduli Kritikan.





Peter James Butler.


KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, Peter Butler tidak akan tunduk kepada tekanan dan kritikan yang dilemparkan ke atasnya gara-gara gagal mempertahankan Piala Sultan Ahmad Shah pada Perlawanan Sumbangsih, Sabtu lalu.

Pengendali kelahiran Halifax England itu berkata, sejak mengambil alih tugas jurulatih Red Warriors tiga bulan lalu, dia tidak berdepan dengan sebarang tekanan dan bersedia berdepan cabaran sepanjang musim ini.

"Saya tidak peduli dengan sebarang tekanan dan kritikan yang diberikan oleh peminat. Saya menghormati pandangan itu dan mereka berhak membuat penilaian. Tetapi dalam hal ini, saya ada pandangan tersendiri.

"Kalau itu benar, saya bersedia bertanggungjawab ke atas apa-apa yang berlaku dalam pasukan serta tidak takut dengan sebarang tekanan dari mana-mana pihak," katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Tambahnya, peminat perlu faham, Kelantan mempunyai ramai pemain yang berkualiti dan berbakat serta sentiasa bekerja keras untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada.

"Setiap pasukan yang bertanding dalam saingan musim ini mempunyai kekuatan masing-masing dan mereka sentiasa memperbaikki segala kelemahan yang ada. "Begitu juga dengan pasukan Kelantan, terus terang saya katakan pasukan kita lebih kuat pada musim ini berbanding tahun lalu.

"Saya akui tekanan memang ada. Sebagai jurulatih saya bersedia dengan perkara tersebut. Sebab itulah saya menjadi jurulatih dan ia sebahagian daripada lumrah dunia bola sepak," ujarnya.


Foto : Shazli Shamsuddin Photography
Ditulis oleh : Yatimin Abdullah
Sumber : Utusan Online - Sukan

No comments:

Post a Comment