Thursday, January 12, 2012

Azman Puji Pemain Kelantan.





GHADAR (kanan) meraikan kejayaan merobek gawang pendatang baru Liga-M, Lions XII dalam saingan s
ulung Liga Super di Stadium Jalan Besar, kelmarin.

PENGURUS Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kemenangan menewaskan pasukan jemputan Lions XII di Stadium Jalan Besar, kelmarin menghapuskan semua keraguan penyokong terhadap kemampuan pasukan menghadapi saingan musim baru kali ini.

Selain tiga mata berharga, kemenangan 2-1 ke atas Lions XII itu turut meningkatkan moral pemain beraksi lebih baik dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini selepas dikejutkan Negeri Sembilan dalam perlawanan Sumbangsih, Sabtu lalu.

“Bukan mudah bermain depan penyokong lawan dan di atas padang rumput tiruan. 
Pujian perlu diberi kepada semua pemain kerana menunjukkan persembahan terbaik malam semalam (kelmarin) selepas dikejutkan Negeri Sembilan pada perlawanan Sumbangsih sebelum ini. 

“Tiga mata pertama ini cukup penting kepada kami terutamanya untuk mengembalikan dan meningkatkan moral pemain sekali gus menghapuskan segala keraguan terhadap kemampuan pasukan untuk terus bersaing,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Seperti dijelaskan sebelum ini, Azman gembira melihat kemampuan penyerang import Kelantan musim ini, Muhamad Ghaddar yang semakin menunjukkan kemampuan sebenarnya. 

“Saya puji Ghaddar. Seperti yang saya katakan, dia (Ghaddar) akan menunjukkan persembahan cemerlang jika beraksi di atas padang yang baik. Dalam perlawanan semalam (kelmarin), dia menunjukkan kelainan berbanding perlawanan menentang Negeri Sembilan baru-baru ini,” katanya yang mengharapkan kemenangan kedua menentang PKNS FC, Jumaat ini. 

Foto : Shazli Shamsuddin Photography
Ditulis oleh : Mohd Fitrie Muhamad
Sumber : Berita Harian Online - Sukan

1 comment:

  1. Dapatkan jersi pasukan kegemaran anda di sini,
    http://cebagoomarket.blogspot.com/

    Jersi harimau malaya, jersi EPL dan kalau nk jersi pasukan negeri, sila request ke cebagoomarket@hotmail.com...

    Like our fb page https://www.facebook.com/cebagoomarket

    ReplyDelete