Wednesday, January 11, 2012

Penalti Ghaddar Buat TRW Ceria.





Daudsu diasak oleh Agus Casmir dalam perlawanan semalam.


MENEBUS kegagalan mempertahankan Piala Sumbangsih Sabtu lalu, Kelantan bangkit mengutip tiga mata penuh apabila menundukkan Lions XII 2-1 dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi. Menggunakan kelebihan selaku tuan rumah, Lions bermula garang di babak pertama menerusi beberapa percubaan ke gawang Kelantan.

Kelibat penyerang naturalisasi dari Nigeria, Agu Casmir berjaya menggoyahkan pertahanan pasukan Kelantan selepas beberapa kali menguji ketangkasan penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat.

Lions berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-33 menerusi tandukan cantik Bhaihakki Khaizan. Bagaimanapun, juara bertahan Liga Super itu kemudian menyamakan kedudukan apabila hantaran Mohd Daudsu Jamaluddin berjaya disambut baik Norshahrul Idlan Talaha yang melepaskan rembatan kencang ke arah gawang Lions.

Jurulatih Peter Butler terpaksa mengubah strategi pada babak kedua perlawanan selepas corak agresif dipamerkan skuad bimbingan V Sundramoorthy hampir menjerat Kelantan.

Setelah hampir 15 tahun meninggalkan kancah Liga Malaysia, impian Lions untuk mengutip tiga mata penuh terkubur apabila pengadil perlawanan, Mohd Nafis Abd Wahab menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Kelantan selepas penjaga gol Lions menjatuhkan Muhamad Ghaddar pada minit ke-78 yang kemudiannya menjaringkan gol kemenangan buat pasukan pelawat.

Ditulis oleh : Hafidzul Hilmi Mohd Noor
Sumber : Sinar Harian - Arena Bolasepak | Liga Malaysia

1 comment:

  1. Dapatkan jersi pasukan kegemaran anda di sini,
    http://cebagoomarket.blogspot.com/

    Jersi harimau malaya, jersi EPL dan kalau nk jersi pasukan negeri, sila request ke cebagoomarket@hotmail.com...

    Like our fb page https://www.facebook.com/cebagoomarket

    ReplyDelete