Wednesday, September 14, 2011

Rekod Kelantan Dengan Felda United.

Felda United vs Kelantan.
Kelantan akan berkunjung ke Stadium MP Selayang untuk menentang Felda United FC bagi saingan ketiga pusingan pertama perlawanan kumpulan C saingan Piala Malaysia 2011. Kedua – dua pasukan ini telah berjaya mengutip 6 mata maksimum hasil dari dua perlawanan awal. Masing – masing bersaing hebat untuk menduduki carta teratas Kumpulan C. Kini Kelantan berada di atas carta dengan kelebihan jaringan.

Rekod pertemuan Kelantan dilihat agak cemerlang pada tahun ini berbanding pada tahun 2010. Pada tahun 2010, Kelantan tewas 0 – 1 & 0 – 4 kepada Felda United FC dalam perlawanan persahabatan yang berlangsung di Kota Bharu & Cheras. Sepanjang enam pertemuan Kelantan dengan Felda United, Kelantan telah mencatat 3 kemenangan, 1 seri & 2 kekalahan. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan – Felda United FC :

Friendly Match 2010 : Kelantan [0] vs [1] Felda United | SSMIV
Friendly Match 2010 : Felda United [4] vs [0] Kelantan | Stadium Cheras

Piala FA 2011 QF1 : Kelantan [2] vs [2] Felda United | SSMIV
Piala FA 2011 QF2 : Felda United [0] vs [3] Kelantan | SSMIV

Liga Super 2011 : Kelantan [6] vs [0] Felda United | SSMIV
Liga Super 2011 : Felda United [1] vs [3] Kelantan | Stadium Cheras


Piala FA 2011 : Kesebelasan utama Kelantan.

Dengan kemenangan kedua berturut - turut Felda United, Kelantan tidak harus memandang rendah keupayaan “Budak Felda” kerana pasukan ini mampu untuk mengejutkan gergasi – gergasi bolasepak Malaysia kerana dibarisi pemain – pemain yang berpengalaman. Ditambah pula dengan kedua tempohari, sudah pasti “Budak Felda” ingin mengejutkan Juara Liga Super ini seterusnya menamatkan badi kekalahan mereka kepada pasukan Kelantan.

Piala FA 2011 :Kesebelasan utama Felda United.

Pemain – pemain Kelantan pula harus menjadikan perlawanan menentang Johor FC tempohari sebagai suatu pengajaran berguna untuk bertemu Felda United malam ini, kerana nyaris diaibkan “Sang Lebah” sebelum Ramzul Zahini Adenan tampil menyelamatkan Kelantan dengan gol kemenangan beliau pada minit – minit akhir perlawanan untuk perlawanan berkesudahan Kelantan menang tipis 2 – 1.

Penyokong - penyokong setia TRW.

Tiga mata pada malam ini menjadi buruan kedua – dua pasukan untuk menentukan calon pendahulu kumpulan bagi meneruskan saingan pusingan kedua dalam Kumpulan C. Perlawanan malam ini antara Felda United FC melawan Kelantan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801 pada jam 8.00 malam.

Siaran secara langsung jam 8.00 malam.

Ayuh semua penyokong – penyokong setia The Red Warriors yang berada di sekitar Lembah Klang agar ramai - ramai memenuhi Stadium Selayang untuk menyokong pasukan kesayangan kita Kelantan The Red Warriors. Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!!


Aksi Mat Yo selepas menjaringkan gol kedua Kelantan.



Foto : Wawan Faiz, Userun Photography
Graphic Wallpaper : Md Ery Studio, Astro Arena
Ditulis oleh : Nick Hafiz

4 comments:

  1. kita mampu dan kita blh . . .Buktikan game malam nii adalah game yang kita impikan selama ini . . Gomo Klte GOMO!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Kawe pn yakin boh kito bleh mene male nih asalkan jange main supo lwn johor fc arituh..kemah defend n tajamkan serangan insyaallah 3 mata milik sep kito plop...

    ReplyDelete
  3. Kawe Pon Yakin KeLate Mene Mlm Nih Jange Serupo Lawe Johor FC Arituh Bia Kelate Mene 6-0

    ReplyDelete
  4. insyaALLAH kelate buleh mene male ni..samo2 la kito saksikan kehebatan pahlawan2 merah beraksi!

    ReplyDelete