Wednesday, September 28, 2011

Norshahrul Lepas Geram Benam Felda.


Rembatan Norshahrul untuk gol kedua.

Kelantan 2
Norshahrul Idlan Talaha…min 61 & 70

Felda United 0

Penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha seolah – olah melepaskan geram apabila menjaringkan dua gol ketika membenam Felda United 2 – 0 di Stadium Sultan Mohamed Ke – IV semalam. Apakan tidaknya setelah dimalukan Felda United tempohari Norshahrul tampil untuk membalas dendam dengan menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan.

Bermula pada separuh masa pertama, Kelantan jelas dilihat menguasai permainan dengan melancarkan serangan berrtubi – tubi ke arah pintu gol Felda United dengan diketuai oleh Muhd Badhri Radzi. Semasa serangan dibuat Norshahrul dilihat banyak mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tapi berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Felda United.

Felda United sekali sekali sekala membuat serangan balas ke arah pintu gol Kelantan tetapi berjaya dipatahkan oleh kekentalan pemain muda yang berasal dari Pengkalan Chepa iaitu Mohamad Abdul Aziz Ismail aka Mat. Pemain ini terus kebal mempertahankan kubu pasukan Kelantan dengan mematahkan serangan – serangan berbahaya dari pasukan Felda United.

Kelebelasan utama Kelantan.

Bermula separuh masa kedua, Felda United seolah – olah mula mendapat rentak apabila banyak membuat serangan ke arah pintu gol Kelantan tetapi gagal menghasilkan jaringan setelah banyak percubaan dinafikan oleh penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail. Dengan kemasukan Kapten dari pasukan Piala Presiden Kelantan, Nik Shahrul Azim yang menggantikan Dausu Jamaluddin juga di lihat berkesan kerana berjaya mematahkan beberapa serangan Felda United.

Kesebelasan utama Felda United.

Selepas itu, Kelantan kembali bangkit dari leka dengan melancarkan serangan dan hasilnya pada minit ke 61, rembatan deras oleh Shakir Shaari di tampan kemas oleh Norshahrul Idlan Talaha untuk menghasilkan gol pertama Kelantan. Selang sembilan minit, Norshahrul sekali lagi menceriakan kira – kira 15,000 penyokong setia apabila menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke 70.

Kira - kira 15,000 penyokong setia The Red Warriors.

Pada minit – minit akhir perlawanan, penyerang gentian Ramzul Zahini Adenan terlepas peluang untuk menjaringkan gol ketiga kelantan apabila rembatan leretnya sedikit tersasar setelah mendapat umpanan dari Azzamuddin Akil. Kapten Kelantan juga mempunyai beberapa peluang keemasan untuk manambah koleksi jaringan tetapi rembatannya melewati palang.

Alex kecewa setelah rembatannya tersasar.

Tamat perlawanan menyaksikan Kelantan menang 2 – 0 hasil dari jaringan Norshahrul Idlan Talaha. Dengan kemenangan ini, Kelantan sah menjadi juara bagi kumpulan C dan akan bertemu dengan naib juara kumpulan B iaitu pasukan jiran tetangga,Terengganu di peringkat suku akhir nanti pada 10 dan 14 Oktober nanti. Manakala Felda United akan bertemu dengan juara kumpulan B, pasukan Negeri Sembilan.


Carta Kumpulan B | Match 6 | Bolasepak Malaysia.
Carta Kumpulan C | Match 6 | Bolasepak Malaysia.





Video : Sokernet.com
Graphic Wallpaper : Bolasepak Malasyia
Foto : PSWTRW,  wawanfaiz.com 
Ditulis oleh : Nick Hafiz

2 comments:

  1. jadual kumpulan C tidak dikemaskini. felda united dan johor fc punya rekod MENANG SERI KALAH tidak cukup 6 perlawanan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete