Saturday, September 24, 2011

Misi Mesti Menang...!!!


Misi Mesti Menang...!!!

Misi mesti menang, itulah yang perlu dilakukan oleh skuad The Red Warriors untuk mengesahkan tempat ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2011. Perlawanan pada malam ini pastinya sengit kerana pasukan Sang Lebah juga bercita – cita untuk mara ke suku akhir, apatah lagi peluang masih terbuka buat mereka sekiranya berjaya menewaskan The Red Warriors pada malam ini. 

Harap Alex dapat menamatkan kemarau gol pada malam ini.

Sekiranya Johor FC menang pada malam ini, kedudukan The Red Warriors pastinya akan tergugat kerana Johor FC pastinya mudah untuk melakar kemenangan kedua ke atas Sarawak nanti dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Manakala The Red Warriors pula terpaksa berdepan dengan pendahulu kumpulan C iaitu Felda United FC yang mana telah menewaskan skuad The Red Warriors 2 – 0 pada pusingan pertama tempohari. 

Carta Kumpulan C | Perlawanan 4 | Bolasepak Malaysia.

Ini sudah pastinya akan mendatangkan kesukaran buat anak – anak buah Datuk M. Karathu. Walaupun rekod perlawanan sebelum ini memihak kepada Kelantan, tp Johor FC dilihat agak liat untuk ditewaskan apatah lagi The Red Warriors hanya mencatat kemenangan tipis 1 – 0 dalam dua perlawanan sebelum ini dalam saingan Liga Super dan Piala FA. 

Kapten The Red Warriors : Piya.

Dalam perlawanan itu juga hanya kapten pasukan Kelantan, Muhd Bahdri Radzi yang berjaya memecah kebuntuan gol. Diharap pada malam ini sekali lagi sentuhan emas Muhd Badhri Radzi aka Piya ditagih bagi membenam cabaran Sang Lebah dalam saingan Piala Malaysia 2011. Perlawanan pada malam ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801 pada jam 8.00 malam.

Siaran Langsung jam 8.00 malam.

Diharap para penyokong setia The Red Warriors yang berkunjung ke Stadium Jcorp, Pasir Gudang dapat menjaga kelakuan masing – masing dengan menunjukkan disiplin & semangat kesukanan yang tinggi dan tidak membawa barang larangan masuk ke dalam stadium. Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!



Foto : Shazli Shamsuddin
Graphic Wallpaper : OrenKecik | Graphic
Ditulis oleh : Nick Hafiz


3 comments:

  1. ni baru yolo...karangan sendiri....skalo dk baco hk petikan suratkaba jh

    ReplyDelete
  2. yolo doh...harap2 meney besar maley nih...

    nFx
    http://noframex.blogspot.com
    http://framefx.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Karangan sdiri keno ado modal boh...xdop modal xleh buat...hehe...jare2 keno ado karangan sdiri..cmpur jgk dengan petikan akhbar...

    ReplyDelete