Monday, September 5, 2011

Misi Hatrik Final Piala Malaysia.

Kelantan The Red Warriors sudah pastinya menjadi salah satu pasukan pilihan untuk mara ke Final Piala Malaysia 2011 berdasarkan status Juara bertahan Piala Malaysia 2010, Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Juara Liga Super & Naib Juara Piala FA 2011. 

Sekiranya Kelantan berjaya mara ke Final Piala Malaysia sudah pastinya menjadi kebanggaan para penyokong The Red Warriors kerana mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dalam 3 tahun secara berturut - turut.

Namun misi hatrik ini dilihat agak sukar kerana pasukan - pasukan lain yang bertanding dalam kejohanan kali ini semuanya bertekad dengan misi masing - masing untuk menjulang trofi Piala Malaysia 2011.

Memang kalau dilihat saingan kumpulan C, Kelantan dilihat mampu untuk mara ke peringkat suku akhir, tetapi diperingkat suku akhir pula sudah pastinya Kelantan mungkin akan berdepan dengan Terengganu ataupun Negeri Sembilan. Ini pastinya sukar buat Kelantan kerana terpaksa berdepan dengan pasukan gergasi Liga Malaysia.

Antara misi - misi pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia kali ini ialah :

1. Selangor ---> Misi Ke 33

2. Negeri Sembilan ---> Misi Bukit Jalil III


3. Kelantan ---> Misi Pertahan Kejuaraan & Hatrik Final Piala Malaysia


4. Sarawak ---> Return Of The Crocs



Walaubagaimanapun dengan adanya gandingan serasi Mat Yo iaitu Alex Lepeh dari Pahang sudah pastinya mampu merealisasikan Misi Hatrik Final Piala Malaysia 2011 dan seterusnya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Final Piala Malaysia 2009 : Kelantan [1] vs [3] N. Sembilan
Final Piala Malaysia 2010 : Kelantan [2] vs [1] N. Sembilan
Final Piala Malaysia 2011 : ?????????? vs ????????????

Ayuh semua penyokong - penyokong setia The Red Warriors, marilah sama - sama kita berdiri teguh dibelakang pasukan kesayangan kita TRW ini untuk merealisasikan Misi Hatrik Final Piala Malaysia 2011...!!! Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!!


Ditulis oleh : Nick Hafiz

4 comments:

  1. apo kata kita hatrikkan game TRW vs N9..harharhar..

    ReplyDelete
  2. Molek jgk...tp suku akhir keno temu nga Tganu la boh...insyaallah final temu N9 plop...haha

    ReplyDelete
  3. http://akuminatbola.blogspot.com/2011/09/ini-terjadi-sebab-liga-m-kita-ni.html

    ReplyDelete
  4. x kiro..teganu ko..n9 ko kito lwn blako..takut gapo..hidup trw

    ReplyDelete