Sunday, September 25, 2011

Gol Penyamaan Alex Selamatkan Kelantan.

Alex penyelamat.
Johor FC 1
Akmal Mohd Nor…min 2

Kelantan 1
Azzamuddin Akil…min 8

Kelantan hampir menempah bala apabila membiarkan Johor FC menjaringkan gol awal pada minit ke 2 perlawanan menerusi pemain sayap mereka, Akmal Mohd Nor dalam perlawanan ke 5 peringkat kumpulan C saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Jcorp, Pasir Gudang semalam. Gol tersebut terhasil daripada sepakan sudut pertama Johor FC apabila hantaran lintang oleh Edy Helmi Abdul Manan disambut baik olek Akmal dan terus membuat rembatan deras lalu tertampan kaki Mohd Farisham Ismail dan bola menerjah jaring menewaskan penjaga gol sensasi Negara, Khairul Fahmi Che Mat yang diturunkan untuk pertama kali dalam saingan Piala Malaysia 2011.

Tersentak dengan jaringan awal Johor FC itu, Kelantan terus membuat serangan bertali ke arah kubu Johor FC yang dikawal ketat oleh Mohd Anis Faron. Hasilnya pada minit ke 7, Azzamuddin Akil  memecah kebuntuan apabila menamatkan kemarau golnya dengan menjaringkan gol penyamaan buat pasukan Kelantan menerusi hantaran cantik ke arah pintu gol Johor FC oleh penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha.

Norshahrul Idlan Talaha cuba dihalang oleh pemain Johor FC.

Serangan demi serangan dilakukan oleh pasukan Kelantan menerusi S. Chanturu, Azamuddin Akil, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Badhri Radzi gagal menghasilkan gol kedua untuk pasukan Kelantan. Johor FC juga dilihat melakukan beberapa serangan balas namun dipatahkan oleh barisan pertahanan Kelantan yang diketuai oleh S. Subramaniam. Keputusan terikat 1 – 1 itu kekal sehinggan tamat separuh masa pertama.

Apex diturunkan dalam perlawanan semalam.

Untuk persembahan separuh kedua, Kelantan dilihat agak tenggelam selepas pertukaran dilakukan oleh jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu dengan membawa keluar Khairul Fahmi Che Mat yang mengalami kecederaan paha dan digantikan dengan Mohd Shahrizan Ismail. Manakala Zairul Fitri Ishak dibawa keluar dan digantikan dengan Nurul Azwan Roya. Johor FC dilihat menguasai perlawanan pada awal babak kedua.

Subramaniam bekerja keras mengawal benteng pertahanan Kelantan.

Selepas itu kedua – dua pasukan saling bertukar – tukar serangan menyaksikan ketumpulan jentera serangan menjadi masalah utama bagi kedua – dua pasukan. S. Chanturu akhirnya terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan dan digantikan oleh pemain skuad Olimpik, Mohd Izuan Solahuddin. Pada minit – minit akhir perlawanan, Norshahrul Idlan Talaha hampir meletakkan Kelantan di depan menerusi tandukan tetapi bola menuju tepat kepada penjaga gol Johor FC, Mohd Anis Faron.

Carta Kumpulan C | Perlawanan 5 | Bolasepak Malaysia.

Keputusan terikat 1 – 1 itu juga kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan keputusan seri ini Kelantan mengesahkan tempat ke saingan suku akhir dengan mengiringi Felda United FC setelah pasukan Felda menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia 2011. Kedua – dua pasukan ini layak setelah mencatat 3 kemenangan, 1 seri & 1 kekalahan dan menyingkirkan pasukan Johor FC dan Sarawak.

Keputusan perlawanan ke 5.

Dengan keputusan seri itu juga, Kelantan kembali merampas takhta dalam kumpulan C apabila Felda United tewas tipis 0 – 1 kepada pasukan Sarawak yang telah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia 2011. Walaupun berkongsi 10 mata dengan Felda United, ternyata kelebihan jaringan memihak kepada Kelantan. Kelantan dan Felda United akan bertemu di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan untuk menentukan Juara dan Naib Juara bagi Kumpulan C. Tahniah juga kepada kira - kira 6,000 penyokong setia The Red Warriors yang membanjiri Stadium Jcorp Pasir Gudang semalam.





Video : Sokernet.com, Astro Arena
Foto : Shazli Shamsuddin | Malaysia Cup 2011 | Johor FC vs Kelantan 
Graphic Wallpaper : Bolasepak Malaysia
Ditulis oleh : Nick Hafiz

4 comments:

  1. corak taktikal dan strategi gini ore buleh baco doh ... kelate tak temu gu lawe betul2 kuat lg tuh ...

    ReplyDelete
  2. Hok tuh jugkla hok dio guna..xtaula ambo nk pertahan juara gano kalu mene lagu nih...

    ReplyDelete
  3. tau xpo.. kawe tengok game smlm x supo hoh kito slalu main.. bimbe kawe

    ReplyDelete
  4. guano pulok nak main dgn musoh tradisi kito tu weh bimbe nyo

    ReplyDelete