Wednesday, September 7, 2011

Alhamdulillah…TRW Berjaya Bawa Pulang 3 Mata Berharga.

Oren Kecik Graphic.

Sarawak 0

Kelantan 2
Norshahrul Idlan Talaha…min 64
S. Chanturu…min 79

Status Juara Liga Super 2011 ternyata memberi impak untuk penyandangnya, Kelantan The Red Warriors memulakan kempen Piala Malaysia 2011 dengan langkah kanan apabila merjaya menundukkan naib juara Liga Perdana 2011, Sarawak dengan jaringan 2-0 di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Gol – gol kemenangan The Red Warriors dijaringkan oleh penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-64 dan gol kedua dijaringkan oleh “Kelantan Ekspress” S. Chanturu pada minit ke-79 hasil hantaran cantik dari Norshahrul. Kedua – dua gol The Red Warriors dijaringkan pada separuh masa kedua.

Norshahrul Idlan Talaha membuktikan bahawa beliau bersungguh – sungguh ingin membantu The Red Warriors mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu. Manakala S. Chanturu membuktikan bahawa beliau masih berbisa dengan menjaringkan gol untuk pasukan The Red Warriors.

Norshahrul menjaringkan gol pertama Kelantan.

Walaupun ini baru perlawanan pertama peringkat kumpulan, kemenangan ini amat bermakna apatah lagi bermain di tempat lawan dan pastinya menaikkan semangat pemain - pemain The Red Warriors untuk terus mempamerkan aksi cemerlang dan konsisten dalam lima perlawanan seterusnya.

Chanturu menjaringkan gol kedua Kelantan.

Selain itu juga, kemenangan ini juga sudah pastinya akan menarik para penyokong setia The Red Warrios untuk membanjiri stadium untuk perlawanan akan datang tidak kira samada The Red Warriors bermain di arena sendiri ataupun arena lawan. Pada perlawanan kedua sabtu nanti, The Red Warriors akan melayan kunjungan Johor FC di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu.

Alex diasak oleh pemain Sarawak.

Mat Chah berjaya mempertahankan gawang dari dibolosi.

Perubahan pada jersi Away Kelantan.

Carta Kumpulan C | Perlawanan 1 | Sokernet.






KLIK LINK DIBAWAH : 
Video gol - gol Kelantan - Penyokong Setia The Red Warriors - Kuching Sarawak





Ditulis oleh : Nick Hafiz

4 comments:

  1. perubahannye pada "1"
    :(

    ReplyDelete
  2. nombor kaler merah ditukar kepada nombor kaler cream...

    ReplyDelete
  3. Buke kaler cream tp kaler GOLD...kemah jersi sep kito..GKG..!!!

    ReplyDelete
  4. good job .... update skali ngan bidio... kemah3!

    ReplyDelete