Thursday, September 29, 2011

Laluan Sukar Buat Kelantan.

QF1 | 10 Oktober 2011 | SSINS.

Juara bertahan Piala Malaysia 2010, Kelantan The Red Warriors menghadapi laluan sukar apabila terpaksa bertemu dengan Juara Piala FA 2011 iaitu Terengganu lebih awal daripada yang diharapkan. Hal ini terjadi apabila Kelantan menjadi juara Kumpulan C manakala Terengganu menjadi naib juara Kumpulan B di belakang Negeri Sembilan.

Ini sudah pastinya akan menjadi suatu perlawanan yang sengit apatah lagi kedua – dua pasukan ini memegang status Juara Liga Super 2011 dan Juara Piala FA 2011. Kalau diikut daripada rekod pertemuan kelebihan pastinya dipihak Kelantan, dalam perlawanan di atas padang macam – macam keputusan mengejut bakal terhasil nanti.


QF2 | 14 Oktober 2011 | SSMIV.


Kekuatan pasukan Kelantan dengan Terengganu juga boleh dikatakan agak seimbang tetapi kalau dibandingkan rekod pertemuan,  ternyata kelebihan itu sedikit memihak kepada Kelantan di mana Kelantan telah mencatat  3 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan dari  5 perlawanan terakhir. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan dan Terengganu sejak tahun 2009 dalam Liga Malaysia.

Kelantan [3] vs [2] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2009 | SSMIV
Kelantan [0] vs [2] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2009 | SSINS
Kelantan [0] vs [0] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2010 | SSINS
Kelantan [3] vs [0] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2010 | SSMIV
Kelantan [1] vs [1] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2011 | SSMIV
Kelantan [3] vs [0] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2011 | SSINS
Kelantan [1] vs [2] Terengganu | Final Piala FA 2011 | SSINS


Laluan setiap pasukan untuk ke Final Piala Malaysia 2011.

Sekiranya Kelantan berjaya menyekat kemaraan pasukan Terengganu di peringkat suku akhir, Kelantan terpaksa pula berdepan dengan pasukan Selangor ataupun Perak di peringkat separuh akhir nanti. Perak masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Piala Malaysia setakat ini. Kekentalan pasukan Kelantan bakal teruji nanti dalam Misi Mempertahankan Mahkota Kejuaraan Piala Malaysia 2011.

Picture : Sokernet.com
Wallpaper : Bolasepak Malaysia
Ditulis oleh : Nick Hafiz

Wednesday, September 28, 2011

Kekentalan “Mat” Pertahan Kubu TRW.







Mohammad Ab Aziz Ismail aka Mat.

Pemain muda berbakat yang berasal dari Pengkalan Chepa, Mohammad Ab Aziz Ismail aka Mat, 23 yang menyarung jersi No. 13 yang dahulunya bermain untuk pasukan KL Plus FC menunjukkan prestasi cemerlang mengawal kubu pertahanan Kelantan dari dibolosi lawan. Dari perlawanan ke setiap perlawanan, pemain muda ini dilihat mempamerkan aksi konsisten dalam mengawal bahagian pertahanan kiri.

Pemain ini yang mana pada awal saingan Liga Super dilihat banyak masa dihabiskan hanya dengan memanaskan bangku simpanan sahaja. Namun pada pertengahan saingan Liga Super, pemain ini mula diberi kepercayaan oleh jurulatih Kelantan untuk mengemudi barisan pertahanan Kelantan menggantikan Zairul Fitree Ishak yang sering mengalami kecederaan.

Seingat penulis, masa Kelantan membenam Terengganu 3 – 0 di Kuala Terengganu, Mat diturunkan oleh Datuk M. Karathu untuk mengawal pertahanan kiri Kelantan. Pemain Terengganu mungkin berpendapat bahawa apabila melakukan serangan melalui bahagian kiri pasukan Kelantan, pasti dengan mudah untuk menewaskan pemain ini, tetapi mereka terbukti silap apabila setiap serangan yang dilancarkan berjaya dipatahkan oleh Mat.


Mat cuba dibentes oleh pemain T-Team.

Segala serangan dan asakan bertubi – tubi oleh rangkaian penyerang Terengganu semua berjaya dipatahkan oleh beliau. Sepanjang perlawanan dalam Piala Malaysia 2011, pemain ini sering kali diberi kepercayaan untuk membarisi kesebelasan utama dan berjaya mengawal kubu pertahanan Kelantan dan berjaya menyerap tekanan dari pasukan lawan dengan baik.

Mat cuba dihalang oleh pemain Felda United.

Dalam perlawanan semalam, semua asakan bertubi – tubi oleh pemain Felda United berjaya dihalang oleh beliau. Dalam perlawanan semalam juga, Mohammad Ab Aziz juga mendapat sorakan bergemuruh dari para penyokong setia The Red Warriors yang rata - rata memuji kekentalan beliau mengemudi barisan pertahanan pasukan The red Warriors. Memang terbukti pemain muda ini memang kebal dalam mengawal kubu pertahanan pasukan The Red Warriors


Terpilih mewakili Skuad Sukan Sea Jakarta.

Sekalung tahniah juga buat Mohammad Ab Aziz Ismail aka Mat kerana telah terpilih untuk menjalani latihan bersama skuad Sukan Sea Jakarta 2011 di Indonesia nanti mengiringi Khairul Fahmi Che Mat dan Izuan Salahuddin. Semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan dan konsisten dalam setiap perlawanan dan tidak mustahil pemain ini akan dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya suatu hari nanti.

Mat mengekang asakan pemain Felda United.


Tigers Of Malaysia | Warriors Of Kelantan.


Graphic Wallpaper : Kelantan The Red Warriors [KB]
Ditulis oleh : Nick Hafiz

Norshahrul Lepas Geram Benam Felda.


Rembatan Norshahrul untuk gol kedua.

Kelantan 2
Norshahrul Idlan Talaha…min 61 & 70

Felda United 0

Penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha seolah – olah melepaskan geram apabila menjaringkan dua gol ketika membenam Felda United 2 – 0 di Stadium Sultan Mohamed Ke – IV semalam. Apakan tidaknya setelah dimalukan Felda United tempohari Norshahrul tampil untuk membalas dendam dengan menjaringkan gol untuk pasukan Kelantan.

Bermula pada separuh masa pertama, Kelantan jelas dilihat menguasai permainan dengan melancarkan serangan berrtubi – tubi ke arah pintu gol Felda United dengan diketuai oleh Muhd Badhri Radzi. Semasa serangan dibuat Norshahrul dilihat banyak mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tapi berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Felda United.

Felda United sekali sekali sekala membuat serangan balas ke arah pintu gol Kelantan tetapi berjaya dipatahkan oleh kekentalan pemain muda yang berasal dari Pengkalan Chepa iaitu Mohamad Abdul Aziz Ismail aka Mat. Pemain ini terus kebal mempertahankan kubu pasukan Kelantan dengan mematahkan serangan – serangan berbahaya dari pasukan Felda United.

Kelebelasan utama Kelantan.

Bermula separuh masa kedua, Felda United seolah – olah mula mendapat rentak apabila banyak membuat serangan ke arah pintu gol Kelantan tetapi gagal menghasilkan jaringan setelah banyak percubaan dinafikan oleh penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail. Dengan kemasukan Kapten dari pasukan Piala Presiden Kelantan, Nik Shahrul Azim yang menggantikan Dausu Jamaluddin juga di lihat berkesan kerana berjaya mematahkan beberapa serangan Felda United.

Kesebelasan utama Felda United.

Selepas itu, Kelantan kembali bangkit dari leka dengan melancarkan serangan dan hasilnya pada minit ke 61, rembatan deras oleh Shakir Shaari di tampan kemas oleh Norshahrul Idlan Talaha untuk menghasilkan gol pertama Kelantan. Selang sembilan minit, Norshahrul sekali lagi menceriakan kira – kira 15,000 penyokong setia apabila menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke 70.

Kira - kira 15,000 penyokong setia The Red Warriors.

Pada minit – minit akhir perlawanan, penyerang gentian Ramzul Zahini Adenan terlepas peluang untuk menjaringkan gol ketiga kelantan apabila rembatan leretnya sedikit tersasar setelah mendapat umpanan dari Azzamuddin Akil. Kapten Kelantan juga mempunyai beberapa peluang keemasan untuk manambah koleksi jaringan tetapi rembatannya melewati palang.

Alex kecewa setelah rembatannya tersasar.

Tamat perlawanan menyaksikan Kelantan menang 2 – 0 hasil dari jaringan Norshahrul Idlan Talaha. Dengan kemenangan ini, Kelantan sah menjadi juara bagi kumpulan C dan akan bertemu dengan naib juara kumpulan B iaitu pasukan jiran tetangga,Terengganu di peringkat suku akhir nanti pada 10 dan 14 Oktober nanti. Manakala Felda United akan bertemu dengan juara kumpulan B, pasukan Negeri Sembilan.


Carta Kumpulan B | Match 6 | Bolasepak Malaysia.
Carta Kumpulan C | Match 6 | Bolasepak Malaysia.





Video : Sokernet.com
Graphic Wallpaper : Bolasepak Malasyia
Foto : PSWTRW,  wawanfaiz.com 
Ditulis oleh : Nick Hafiz

Tuesday, September 27, 2011

Siapa Lawan Kelantan...???

Pasukan manakah yang akan menjadi lawan bagi pasukan Kelantan diperingkat suku akhir nanti, itulah yang menjadi persoalan di benak setiap para penyokong setia The Red Warriors. Persoalan ini timbul kerana pasukan Kelantan dan Felda United berkongsi 10 mata setelah masing – masing mencatat 3 kemenangan 1 seri dan 1 kekalahan, tetapi kelebihan jaringan sedikit memihak kepada pasukan Kelantan.

Begitu juga dengan pasukan di kumpulan B, di mana pendahulu kumpulan B, Negeri Sembilan juga berkongsi 12 mata dengan Terengganu dengan kelebihan jaringan memihak kepada Negeri Sembilan. Perlawanan pada malam ini lah yang akan menjadi penentu kepada lawan sebenar bagi pasukan Kelantan dalam saingan suku akhir nanti.



Negeri Sembilan

Pasukan Negeri Sembilan merupakan finalis bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 dan 2010 di mana menyaksikan Negeri Sembilan membenam Kelantan 3 – 1 pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada tahun 2010 pula sekali lagi Kelantan dan Negeri Sembilan bertemu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di mana giliran Kelantan pula merangkul kejuaraan berprestij itu buat kali pertama dengan menewaskan Negeri Sembilan 2 – 1.

Negeri Sembilan mungkin boleh dianggap pasukan yang kerdil bagi saingan Piala FA dan Liga Super apabila gagal melepasi pusingan kedua Piala FA dan sekadar menghuni tangga ke 8 carta Liga Super 2011. Tetapi untuk saingan Piala Malaysia, Kekuatan pasukan ini tiba – tiba berubah dan sentiasa mengungguli carta kumpulan. Buktinya jelas di sini apabila Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dua tahun berturut – turut.

Tetapi kalu dibandingkan kekuatan pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan, boleh dikatakan agak seimbang kerana apabila diteliti rekod pertemuan untuk kedua – dua pasukan ini,  masing – masing telah mencatat  5 kemenangan, 2 seri dan 5 kekalahan dari  12 perlawanan terakhir. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan dan Negeri Sembilan sejak tahun 2009 dalam Liga Malaysia.






Kelantan [0] vs [1] N. Sembilan | Separuh Akhir 1 Piala FA 2009 | SSMIV
Kelantan [2] vs [1] N. Sembilan | Separuh Akhir 2 Piala FA 2009 | STAR
Kelantan [1] vs [2] N. Sembilan | Pusingan 1 Liga Super 2009 | SSMIV
Kelantan [0] vs [2] N. Sembilan | Pusingan 2 Liga Super 2009 | STAR
Kelantan [1] vs [3] N. Sembilan | Final Piala Malaysia 2009 | SNBJ

Kelantan [3] vs [1] N. Sembilan | Pusingan 1 Liga Super 2010 | STAR
Kelantan [1] vs [0] N. Sembilan | Pusingan 2 Liga Super 2010 | SSMIV
Kelantan [0] vs [1] N. Sembilan | Kumpulan Piala Malaysia 2010 | SSMIV
Kelantan [2] vs [2] N. Sembilan | Kumpulan Piala Malaysia 2010 | STAR
Kelantan [2] vs [1] N. Sembilan | Final Piala Malaysia 2010 | SNBJ

Kelantan [3] vs [0] N. Sembilan | Pusingan 1 Liga Super 2011 | SSMIV
Kelantan [0] vs [0] N. Sembilan | Pusingan 2 Liga Super 2011 | STAR



Terengganu

Pasukan Terengganu juga merupakan finalis tetapi untuk saingan Piala FA  2011 di mana Kelantan tewas 1-2 kepada Terengganu dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.  Pasukan Terengganu ini sukar dijangka kekuatan mereka kerana dalam sesetengah perlawanan pasukan ini amat liat untuk ditewaskan tetapi di suatu masa lain pula mereka mudah dibelasah sehingga 3 – 0 oleh pasukan Kelantan.

Memang pasukan Terengganu ialah sebuah pasukan yang sukar untuk dijangka kekuatan mereka. Ini terbukti dalam beberapa perlawanan dalam saingan Liga Malaysia semenjak tahun 2009. Pasukan Terengganu juga terkenal dengan gelaran pasukan “Comeback”  apabila sering bangkit menjaringkan gol di saat akhir setelah ketinggalan di awal babak perlawanan.

Kekuatan pasukan Kelantan dengan Terengganu juga boleh dikatakan agak seimbang tetapi kalau dibandingkan rekod pertemuan,  ternyata kelebihan itu sedikit memihak kepada Kelantan di mana Kelantan telah mencatat  3 kemenangan, 2 seri dan 2 kekalahan dari  7 perlawanan terakhir. Berikut adalah rekod pertemuan Kelantan dan Terengganu sejak tahun 2009 dalam Liga Malaysia.







Kelantan [3] vs [2] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2009 | SSMIV
Kelantan [0] vs [2] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2009 | SSINS

Kelantan [0] vs [0] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2010 | SSINS
Kelantan [3] vs [0] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2010 | SSMIV

Kelantan [1] vs [1] Terengganu | Pusingan 1 Liga Super 2011 | SSMIV
Kelantan [3] vs [0] Terengganu | Pusingan 2 Liga Super 2011 | SSINS
Kelantan [1] vs [2] Terengganu | Final Piala FA 2011 | SSINS



Carta Piala Malaysia 2011.


Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu memiliki kekuatan seimbang dan tidak hairanlah mengapa jurulatih pasukan Kelantan, Datuk M. Karathu mengatakan tidak gentar dan bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja samada pasukan Negeri Sembilan mahupun pasukan Terengganu di peringkat suku akhir Piala Malaysia pada 10 & 14 Oktober nanti.



Picture : OrenKecik | GraphicSokernet.com
Sumber Info : Acu Anasz , Khairul Kelate Tuhh 
Ditulis oleh : Nick Hafiz

Monday, September 26, 2011

Karathu Ceria Percaturan The Red Warriors Menjadi.

Datuk M. Karathu.
PERKONGSIAN satu mata dengan Johor FC selepas keputusan terikat 1-1 di Stadium Pasir Gudang sudah memadai bagi The Red Warriors melayakkan diri ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia, dan bagi ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu ia satu mata yang amat berharga. 

Karathu nyata berpuas hati dengan keputusan itu untuk membawa The Red Warriors melangkah ke suku akhir walaupun masih berbaki satu perlawanan bertemu pendahulu Kumpulan C, FELDA United Selasa ini. Kelantan tidak menerapkan corak permainan bertahan malah pemainnya membuat serangan bertali arus dan tidak membuka ruang kepada tuan rumah untuk menambah jaringan.

"Satu mata yang diperoleh begitu penting untuk mendapatkan keselesaan ke suku akhir namun bukan mudah untuk mengikat kedudukan kerana Johor FC satu pasukan kuat dan mereka juga banyak membuat serangan. 

"Kita juga tidak boleh bermain dengan corak bertahan kerana pihak lawan pasti melakukan serangan habis-habisan berikutan mereka sedar keputusan seri pasti akan menyekat hasrat mereka untuk ke suku akhir," katanya ketika dihubungi semalam. 

Jurulatih berpengalaman dari Perak itu berkata, pasukannya terkejut dengan jaringan awal tuan rumah pada minit kedua malah beliau mengaku kecewa kerana pemainnya belum bersedia untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan pantas yang dilancarkan Johor FC. 

"Kita ketinggalan seawal minit kedua namun semangat pemain kembali selepas mendapat gol penyamaan dan menggandakan asakan pada separuh masa kedua bagi mendapatkan gol tambahan namun gagal mencari penyudah," katanya. 


Sumber : Berita Harian Online | Karathu Ceria Percaturan The Red Warriors Menjadi

Sunday, September 25, 2011

Gol Penyamaan Alex Selamatkan Kelantan.

Alex penyelamat.
Johor FC 1
Akmal Mohd Nor…min 2

Kelantan 1
Azzamuddin Akil…min 8

Kelantan hampir menempah bala apabila membiarkan Johor FC menjaringkan gol awal pada minit ke 2 perlawanan menerusi pemain sayap mereka, Akmal Mohd Nor dalam perlawanan ke 5 peringkat kumpulan C saingan Piala Malaysia 2011 di Stadium Jcorp, Pasir Gudang semalam. Gol tersebut terhasil daripada sepakan sudut pertama Johor FC apabila hantaran lintang oleh Edy Helmi Abdul Manan disambut baik olek Akmal dan terus membuat rembatan deras lalu tertampan kaki Mohd Farisham Ismail dan bola menerjah jaring menewaskan penjaga gol sensasi Negara, Khairul Fahmi Che Mat yang diturunkan untuk pertama kali dalam saingan Piala Malaysia 2011.

Tersentak dengan jaringan awal Johor FC itu, Kelantan terus membuat serangan bertali ke arah kubu Johor FC yang dikawal ketat oleh Mohd Anis Faron. Hasilnya pada minit ke 7, Azzamuddin Akil  memecah kebuntuan apabila menamatkan kemarau golnya dengan menjaringkan gol penyamaan buat pasukan Kelantan menerusi hantaran cantik ke arah pintu gol Johor FC oleh penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha.

Norshahrul Idlan Talaha cuba dihalang oleh pemain Johor FC.

Serangan demi serangan dilakukan oleh pasukan Kelantan menerusi S. Chanturu, Azamuddin Akil, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Badhri Radzi gagal menghasilkan gol kedua untuk pasukan Kelantan. Johor FC juga dilihat melakukan beberapa serangan balas namun dipatahkan oleh barisan pertahanan Kelantan yang diketuai oleh S. Subramaniam. Keputusan terikat 1 – 1 itu kekal sehinggan tamat separuh masa pertama.

Apex diturunkan dalam perlawanan semalam.

Untuk persembahan separuh kedua, Kelantan dilihat agak tenggelam selepas pertukaran dilakukan oleh jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu dengan membawa keluar Khairul Fahmi Che Mat yang mengalami kecederaan paha dan digantikan dengan Mohd Shahrizan Ismail. Manakala Zairul Fitri Ishak dibawa keluar dan digantikan dengan Nurul Azwan Roya. Johor FC dilihat menguasai perlawanan pada awal babak kedua.

Subramaniam bekerja keras mengawal benteng pertahanan Kelantan.

Selepas itu kedua – dua pasukan saling bertukar – tukar serangan menyaksikan ketumpulan jentera serangan menjadi masalah utama bagi kedua – dua pasukan. S. Chanturu akhirnya terpaksa dikeluarkan apabila mengalami kecederaan dan digantikan oleh pemain skuad Olimpik, Mohd Izuan Solahuddin. Pada minit – minit akhir perlawanan, Norshahrul Idlan Talaha hampir meletakkan Kelantan di depan menerusi tandukan tetapi bola menuju tepat kepada penjaga gol Johor FC, Mohd Anis Faron.

Carta Kumpulan C | Perlawanan 5 | Bolasepak Malaysia.

Keputusan terikat 1 – 1 itu juga kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan keputusan seri ini Kelantan mengesahkan tempat ke saingan suku akhir dengan mengiringi Felda United FC setelah pasukan Felda menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia 2011. Kedua – dua pasukan ini layak setelah mencatat 3 kemenangan, 1 seri & 1 kekalahan dan menyingkirkan pasukan Johor FC dan Sarawak.

Keputusan perlawanan ke 5.

Dengan keputusan seri itu juga, Kelantan kembali merampas takhta dalam kumpulan C apabila Felda United tewas tipis 0 – 1 kepada pasukan Sarawak yang telah tersingkir daripada saingan Piala Malaysia 2011. Walaupun berkongsi 10 mata dengan Felda United, ternyata kelebihan jaringan memihak kepada Kelantan. Kelantan dan Felda United akan bertemu di perlawanan terakhir peringkat Kumpulan untuk menentukan Juara dan Naib Juara bagi Kumpulan C. Tahniah juga kepada kira - kira 6,000 penyokong setia The Red Warriors yang membanjiri Stadium Jcorp Pasir Gudang semalam.





Video : Sokernet.com, Astro Arena
Foto : Shazli Shamsuddin | Malaysia Cup 2011 | Johor FC vs Kelantan 
Graphic Wallpaper : Bolasepak Malaysia
Ditulis oleh : Nick Hafiz

Saturday, September 24, 2011

Misi Mesti Menang...!!!


Misi Mesti Menang...!!!

Misi mesti menang, itulah yang perlu dilakukan oleh skuad The Red Warriors untuk mengesahkan tempat ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2011. Perlawanan pada malam ini pastinya sengit kerana pasukan Sang Lebah juga bercita – cita untuk mara ke suku akhir, apatah lagi peluang masih terbuka buat mereka sekiranya berjaya menewaskan The Red Warriors pada malam ini. 

Harap Alex dapat menamatkan kemarau gol pada malam ini.

Sekiranya Johor FC menang pada malam ini, kedudukan The Red Warriors pastinya akan tergugat kerana Johor FC pastinya mudah untuk melakar kemenangan kedua ke atas Sarawak nanti dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Manakala The Red Warriors pula terpaksa berdepan dengan pendahulu kumpulan C iaitu Felda United FC yang mana telah menewaskan skuad The Red Warriors 2 – 0 pada pusingan pertama tempohari. 

Carta Kumpulan C | Perlawanan 4 | Bolasepak Malaysia.

Ini sudah pastinya akan mendatangkan kesukaran buat anak – anak buah Datuk M. Karathu. Walaupun rekod perlawanan sebelum ini memihak kepada Kelantan, tp Johor FC dilihat agak liat untuk ditewaskan apatah lagi The Red Warriors hanya mencatat kemenangan tipis 1 – 0 dalam dua perlawanan sebelum ini dalam saingan Liga Super dan Piala FA. 

Kapten The Red Warriors : Piya.

Dalam perlawanan itu juga hanya kapten pasukan Kelantan, Muhd Bahdri Radzi yang berjaya memecah kebuntuan gol. Diharap pada malam ini sekali lagi sentuhan emas Muhd Badhri Radzi aka Piya ditagih bagi membenam cabaran Sang Lebah dalam saingan Piala Malaysia 2011. Perlawanan pada malam ini akan disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801 pada jam 8.00 malam.

Siaran Langsung jam 8.00 malam.

Diharap para penyokong setia The Red Warriors yang berkunjung ke Stadium Jcorp, Pasir Gudang dapat menjaga kelakuan masing – masing dengan menunjukkan disiplin & semangat kesukanan yang tinggi dan tidak membawa barang larangan masuk ke dalam stadium. Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo...Gomo Kelate Gomo...!!



Foto : Shazli Shamsuddin
Graphic Wallpaper : OrenKecik | Graphic
Ditulis oleh : Nick Hafiz


Friday, September 23, 2011

Apex Enggan Dabik Dada.

Apex enggan dabik dada.

AKSI tangkas Khairul Fahmi Che Mat menafikan percubaan bertali arus Jepun ketika tumpas 0-2 pada aksi pembukaan Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik London kelmarin membuktikan betapa dirinya wajar dilabel sebagai penjaga gol nombor satu negara ketika ini.

Ketika kemampuannya diragui untuk memikul tugas selaku kapten berikutan masalah peribadi sebelum ini, Khairul Fahmi atau turut dikenali dengan panggilan Apek beraksi cemerlang untuk mengelakkan skuad Samurai Biru berkenduri gol di Stadium Tosu.

Biarpun peminat tanah air menganggap pemain Kelantan itu seperti ‘berseorangan’ menentang asakan Jepun, dia bagaimanapun beranggapan sebaliknya.

Katanya, semua pemain menunjukkan kesungguhan untuk menandingi kehebatan Jepun yang mendominasi keseluruhan permainan.

“Tanpa pemain lain saya akan susah, dalam bola sepak kita berusaha dalam satu pasukan dan saya tidak melihat dua gol dilepaskan itu disebabkan kesilapan pertahanan semata-mata,” katanya.

Khairul Fahmi yang berusia 22 tahun berkata, skuad Jepun yang dibimbing Takashi Sekizuka itu tampil lebih hebat berbanding ketika Malaysia kalah dengan jaringan sama di peringkat kumpulan di Sukan Asia Guangzhou tahun lalu.

“Berbanding di Sukan Asia lalu, permainan mereka lebih hebat semalam (kelmarin) mungkin sebab mereka bermain di tempat sendiri,” katanya.

Apex yang turut dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Australia di Canberra 7 Oktober depan berkata, mereka perlu meningkatkan prestasi sebelum pertemuan dengan Syria dan Bahrain di gelanggang sendiri, November ini.

Malah Malaysia berpeluang menebus kekecewaan itu menerusi aksi timbal balik menentang Jepun di Kuala Lumpur, pada 22 Februari tahun depan.

“Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, antaranya komunikasi antara pemain, tapi saya yakin kami boleh terus memberikan cabaran selepas ini,” katanya.

Khairul Fahmi akan pulang ke pangkuan Kelantan bagi kempen Piala Malaysia sebelum menyertai latihan skuad kebangsaan pada 4 Oktober depan.


Sumber : myMetro | Apek Enggan Dabik Dada

Thursday, September 22, 2011

Kelantan Perlu Menang Jika Mahu Terus Mara.


Aksi Mohd Farisham Ismail (tengah) ketika menyekat gerakan penyerang Felda United,
Farderin Kadir di Stadium MP Selayang minggu lalu yang menyaksikan The Red Warriors
kalah mengejut 0 - 2.
KOTA BHARU - Juara bertahan, Kelantan tidak mempunyai banyak pilihan selain mencatatkan kemenangan ke atas Johor FC dalam pertemuan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium J Corp, Pasir Gudang, Sabtu ini. Tonggak pertahanan pasukan itu, Mohd. Farisham Ismail berkata, hanya kemenangan yang menjamin tempat Red Warriors dalam senarai ke suku akhir.

"Pertemuan dengan Johor FC cukup penting kerana ia akan menjadi penentu nasib Red Warriors dalam saingan kali ini.

"Jadi kami tidak boleh ambil mudah perlawanan ini walaupun pernah menewaskan mereka.

"Rekod tersebut tidak boleh dijadikan ukuran. Bermain di tempat lawan, mereka pasti akan turun habis-habisan untuk mencipta kejutan dengan menewaskan kami," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Tambahnya, Mohd. Farisham apa yang penting rakan-rakan sepasukan perlu memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan. Dia berjanji akan mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan Sabtu ini dengan mengekang asakan daripada jentera serangan pasukan lawan yang diketuai oleh Mohd. Khairul Ismail.

Menurutnya, kejayaan membenam Sarawak 4-0 dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohammed IV Ahad lalu melonjakkan kembali moral pasukan, selepas tumpas mengejut kepada Felda United 14 September lalu.

"Kemenangan keatas Sarawak tempoh hari memberikan semangat kepada kami untuk meraih kemenangan dalam perlawanan Sabtu ini," ujarnya.

Mengulas mengenai keputusan ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal menyenaraikan namanya bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Australia pada 10 Oktober nanti, Farisham berkata, dia sudah bersedia untuk menggalas tugas sekiranya diberikan kepercayaan.

"Saya akan buat yang terbaik sekiranya dipilih untuk beraksi dalam perlawanan tersebut.

"Inilah peluang terbaik saya untuk membuktikan kemampuan sebenar seterusnya memikat hati ketua jurulatih kebangsaan itu," jelasnya.



Apex Nafi Jepun Berpesta Gol.

Khairul Fahmi Che Mat (kiri) menafikan percubaan dua penyerang Jepun,
Yuya Osako (kanan) dan Keigo Higashi pada Kelayakan Olimpik di Tosu,
Saga Jepun semalam - AFP.

_______________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR - Tewas 0-2 kepada Jepun mungkin bukan satu keputusan yang memalukan. Namun hakikatnya persembahan hambar skuad Olimpik Negara ketika berdepan pasukan No.1 Asia pada aksi pembukaan Kumpulan C Kelayakan Olimpik semalam, memberi gambaran tentang tahap bola sepak kita masih ketinggalan berbanding negara tuan rumah.

Jika bukan kerana ketangkasan penjaga gol yang juga ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, skuad negara mungkin dibolosi dengan jumlah jaringan yang jauh lebih besar. Beraksi di hadapan kira-kira 23,000 penyokong Blue Samurai di Stadium Tosu, Fukuoka, Harimau Muda bagaikan kehilangan taring, langsung tidak mengaum.

Sejak awal permainan, barisan pertahanan skuad Ong Kim Swee begitu mudah dilepasi oleh rangkaian serangan Jepun yang diketuai tonggak perancang, Hiroshi Kiyotake.

Serangan yang dilancarkan dari pelbagai sudut, menguji Khairul Fahmi dengan hantaran lintang berbahaya dari kedua-dua belah sayap, serta rembatan dari luar kotak. Barisan empat pertahanan Malaysia iaitu Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Zubir Azmi, kerap membiarkan pemain lawan melepasi kawalan mereka.

Menghidu kelemahan Malaysia itu, Jepun akhirnya mendahului selepas 10 minit perlawanan menerusi jaringan Keigo Higashi yang mudah menewaskan Khairul Fahmi di penjuru kiri gawang selepas menerima umpanan Kiyotake. Jaringan itu menyemarakkan semangat Jepun dengan menggandakan serangan. 

Ketika pertahanan skuad negara terus bergelut, mujur ketangkasan Khairul Fahmi atau Apek menjadi penyelamat. Apek akhirnya dibolosi kali kedua apabila pemain gantian, Ryohei Yamazaki mudah menolak masuk umpanan penyerang Nagoya Grampus, Kensuke Nagai.

Peluang untuk meneruskan harapan ke London 2012 belum tertutup sekiranya dapat bangkit pada perlawanan berikutnya, dengan syarat Kim Swee mengelak aksi hambar semalam. Malaysia akan menerima kunjungan Syria, 23 November depan.


Foto : AFP | Utusan Malaysia Online