Thursday, August 4, 2011

T-Team Duri Dalam Daging Buat Kelantan 2011...??

Keputusan 26 perlawanan Liga Super Kelantan 2011.


Berdasarkan rekod pertemuan sepanjang Liga Malaysia 2011 termasuk Liga Super & Piala FA, Pasukan Kelab dari Terengganu iaitu T-Team FC sentiasa menjadi duri dalam daging buat pasukan Kelantan. T-Team adalah satunya pasukan yg belum dapat dikalahkan oleh Kelantan dalam saingan Liga Super 2011.




Kesebelasan pasukan T-Team 2011.


Lagipun berdasarkan rekod pertemuan 6 perlawanan terakhir, T-Team mendominasi kemenangan dalam "OPEN PLAY" sebanyak 2 kali dalam perlawanan Liga Super 2011 iaitu 4-3 & 2-1, manakala Kelantan hanya sekali sahaja mencatat kemenangan 1-0 ke atas T-Team iaitu dalam pusingan pertama Liga Super 2010 & kedua2 pasukan mencatat 2 kali keputusan seri iaitu 0-0 pada pusingan kedua Liga Super 2010 & 1-1 pada pusingan pertama Piala FA 2011 [Kelantan menang menerusi sepakan penalti].



Kelantan tewas 3-4 kepada T-Team dalam perlawanan ini.


Tiada istilah badi atau kesan penhijrahan 3 pemain Kelantan ke T-Team iaitu Norfarhan, Indraputra & Azizi Mat Rose, cuma tiada rezeki buat pasukan Kelantan. Jadi sekiranya Kelantan ingin memasang impian utk mempertahankan Kejuaraan Piala Malaysia 2011, T-Team adalah KEMUNGKINAN antara pasukan yang perlu ditumbangkan dalam kempen Piala Malaysia 2011 nanti.





Indraputra Mahayuddin menjadi duri dalam daging buat pasukan Kelantan 2011.




Dikarang oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment