Wednesday, August 17, 2011

Dua Seteru Berentap Malam ini.




Malam ini 2 Gergasi bolasepak Malaysia akan berentap dalam perlawanan persahabatan Pra Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam pada pukul 10 malam. Perlawanan persis Final ini sudah pasti akan menjanjikan aksi terbaik untuk disajikan kepada para penyokong masing – masing.

Sudah pastinya jurulatih Selangor, K. Devan tidak mahu lagi berputih mata dikecewakan oleh anak buah Datuk M. Karathu dalam perlawanan malam ini. Mana tidaknya dalam 4 perlawanan terakhir Selangor telah mencatat 3 kekalahan berturut – turut kepada Kelantan manakala perlawanan kali terakhir hanya mencatat seri 1 – 1 di Kota Bharu. Kali terakhir Selangor mencatat kemenangan ke atas Kelantan ialah pada tahun 2009 di Stadium Shah Alam dalam saingan Liga Super.

Jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu mahukan aksi yang terbaik dari anak – anak buahnya sebagai persiapan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia 3 minggu lagi & malam ini dijangka pemain – pemain utama The Red Warriors akan diturunkan pada babak permulaan perlawanan bagi menguji sejauh mana keberkesanan percaturan kombinasi semasa menentang Kuala Lumpur tempohari.


Azamuddin Akil  | Foto by : Shazli Shamsuddin Photography.

Dua penyerang pinjaman Kelantan sudah pastinya menjadi taruhan Datuk M. Karathu untuk digandingkan dengan penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha dalam usaha mengegar pintu gol Selangor malam ini setelah mempamerkan aksi memberansangkan ketika membenam Kuala Lumpur dengan jaringan 5 – 0 di mana masing – masing telah menjaringkan gol.

R. Surendran | Foto by : Shazli Shamsuddin Photography.

Bekas pemain Selangor, R. Surendran sudah pastinya masak dengan corak permainan Selangor dan pastinya akan menjadi duri dalam daging buat pasukan Selangor pada perlawanan malam ini.

Di posisi penjaga gol pula dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat & Norhadi Ubaidillah yang menunaikan tanggunjawab bersama pasukan Negara sudah pastinya akan diisi oleh penjaga gol berpengalaman iaitu Halim Napi & Shahrizan Ismail.

Semasa perlawanan menentang Kuala Lumpur, Halim Napi telah membuktikan bahawa beliau masih tangkas & mampu mengawal ketat gawang Kelantan. Beliau mungkin sekali lagi akan diturunkan pada perlawanan malam ini bagi menahan segala asakan pasukan Selangor yang diketuai oleh Amri Yahyah.

Rekod 8 perlawanan terakhir antara Kelantan & Selangor :

Tahun 2010
Kelantan [0] – [0] Selangor | Pusingan 1 Liga Super | SSMIV.
Selangor [1] – [1] Kelantan | Pusingan 2 Liga Super | SSA
Selangor [0] – [0] Kelantan | Suku Akhir 1 Piala Malaysia | SSA
Kelantan [3] – [0] Selangor | Suku Akhir 2 Piala Malaysia | SSMIV

Graphic Wallpaper by : Oren Kecik.


Tahun 2011
Selangor [0] – [2] Kelantan | Pusingan 1 Liga Super | SSA [Sumbangsih]
Kelantan [1] – [0] Selangor | Pusingan 2 Liga Super | SSMIV
Selangor [1] – [5] Kelantan | Separuh Akhir 1 Piala FA | SSA
Kelantan [1] – [1] Selangor | Separuh Akhir 2 Piala FA | SSMIV

Graphic Wallpaper by : Oren Kecik.

Ditulis oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment