Norshahrul "The Line Man". |
Kelantan meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan persahabatan Pra Piala Malaysia 2011 apabila membenam cabaran seteru pantai timur, T-Team dengan jaringan 3 – 1 semalam di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV yang dihadiri oleh kira – kira 7,000 penyokong setia.
Kelantan bermula garang menguasai permainan apabila wisel ditiupkan. Nasib menyebelahi Kelantan apabila seawal minit ke 15 perlawanan, Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan di dalam kotak penalty oleh kapten pasukan T-Team, Rosdi Talib. Kapten pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi mudah menyempurnakan sepakan penalty tersebut.
Gol penyamaan T-Team pula hadir pada minit ke 30 apabila pengadil tidak teragak – agak memberikan sepakan penalty setelah Shahrizan Ismail dikesan menjatuhkan Fitri Omar di dalam kotak penalty apabila bola dalam situasi 50 - 50. Sepakan penalty itu juga diambil oleh Fitri Omar dan mudah memperdaya Shahrizan Ismail untuk gol penyamaan T-Team menjadikan kedudukan semasa 1 – 1.
Tidak sampai sepuluh minit T-Team menyamakan kedudukan, penyerang pinjaman Kelantan, Azamuddin Akil menceriakan para penyokong Kelantan yang hadir apabila menjaringkan gol kedua Kelantan pada minit ke 35 setelah menyambut hantaran dari S. Chanturu dan mudah memperdaya penjaga gol T-Team, Mohd Jibrail.
Kesebelasan utama pasukan Kelantan. |
Bersambung pada babak kedua, T-Team menggandakan asakan ke arah kubu pasukan Kelantan, namun kekentalan barisan pertahanan yang diketuai oleh S. Subramaniam, Aziz Ismail & Daudsu Jamaluddin berjaya mengekang setiap asakan dari Norfarhan Mohamad & Indraputra Mahayudin. Banyak gerakan – gerakan merbahaya dari pasukan T-Team dilancarkan, namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan dan kecekapan penjaga gol Kelantan, Shahrizan Ismail.
Kesebelasan utama pasukan T-Team. |
Pada minit ke 60 perlawanan, Kapten pasukan Kelantan Muhd Badhri Radzi sekali lagi menceriakan penyokong Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan hasil dari gerakan solo dari sebelah kanan padang dan mudah menolak bola ke gawang gol sekali lagi menewaskan Mohd Jibrail. Lima minit selepas itu, Piya hampir mencatat hatrik apabila mendapat peluang keemasan di depan gol T-Team tapi gagal disempurnakannya.
Larian solo Piya menghasilkan gol ke-3 Kelantan. |
Pemain yang mendapat jolokan The Line Man, Norshahrul Idlan Talaha, hampir mencipta nama sebagai penjaring gol apabila bijak mengelecek tiga pemain pertahanan T-Team di atas garisan padang sebelah kanan pintu gol T-Team dan membuat sepakan tetapi bola hanya melintasi pintu gol sahaja. Pada minit – minit akhir perlawanan, pemain dari skuad Piala Presiden Kelantan, Khairul Izwan Rosli hampir menjaringkan gol keempat Kelantan apabila menerima hantaran dari Norshahrul tetapi gagal disempurnakan apabila sepakan lemahnya terkena kaki penjaga gol T-Team yang baru di bawa masuk menggantikan Mohd Jibrail.
Abdul Aziz Ismail bakal "Kereta Kebal " Kelantan. |
Deretan peluang yang terhidang dihadapan pintu gol pasukan T-Team gagal disempurnakan oleh barisan penyerang Kelantan. T-Team sesekali membuat buat serangan balas namun berjaya dipatahkan dan sepakan tersasar dari pintu gol. Tamat perlawanan menyaksikan perlawanan berkesudahan Kelantan menang 3 – 1.
Dengan kemenangan 3 – 1 itu sedikit sebanyak mengubati luka lama dihati peminat setia The Red Warriors. Keserasian Norshahrul dan Azamuddin Akil semakin jelas apabila banyak gerakan – gerakan cantik dicipta untuk menghasilkan gol dan ini membuatkan Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu tersenyum lebar.
Keputusan Pra Piala Malaysia : Kelantan [3] vs [1] T-Team : Stadium Sultan Mohamed Ke-IV
- Muhd Badhri Radzi [KEL]...min 15 [Pen] & 65
- Azamuddin Akil [KEL]...min 35
- Mohd Fitri Omar [T-T]...min 30 [Pen]
Ditulis oleh : Nick Hafiz
No comments:
Post a Comment