Thursday, August 18, 2011

Alex Mula Tunjuk Taring.

Foto by : Shazli | Alex sudah jaringkan 2 gol.
Azamuddin Akil a.k.a Alex Lepeh mula menunjukkan “Taringnya” apabila menjaringkan gol kemenangan Kelantan pada minit ke-29 dalam perlawanan persahabatan Pra Piala Malaysia melawan Selangor di Stadium Shah Alam malam kelmarin yang berkesudahan Kelantan menang tipis 1 - 0.

Beliau telah menjaringkan gol tunggal perlawanan hasil dari “Through Ball” yang dilakukan oleh Muhd Badhri Radzi a.k.a Piya yang memperdaya dua pemain pertahanan Selangor. Alex kini tampak lebih serasi bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha diposisi serangan sambil dibantu oleh Piya & Shakir Shaari.

Alex telah menjaringkan dua gol setakat ini hasil dari dua siri perlawanan persahabatan Kelantan dalam Pra Piala Malaysia 2011. Setakat ini pemain pinjaman Kelantan telah menjaringkan 3 gol dari dua perlawanan persahabatan yang diadakan.

Pada babak separuh masa pertama, Kelantan jelas menguasai permainan dengan serangan bertali arus dari pelbagai sudut & Selangor dilihat sedikit tertekan dengan asakan tersebut. Barisan pertahanan yang diketuai oleh S. Subramaniam pula dilihat kebal dalam menahan asakan dari pemain Selangor.

Penyerang Kelantan kerap beberapa kali membuat rembatan tetapi tersasar dari pintu gol Selangor. Selangor seolah – olah mendapat rentak setelah kemasukan pemain sayap, Amirulhadi Zainal pada penghujung separuh masa pertama.

Foto by : Shazli Shamsuddin | Kesebelasan utama Kelantan.

Pada babak separuh masa kedua pula, Rizal Fahmi terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan “Hamstring” dan digantikan dengan Kapten The President Warriors, Nik Shahrul Azim untuk bargandingan dengan Subra. Selangor dilihat membuat asakan bertubi – tubi ke kubu pasukan Kelantan melalui setelah kemasukan pemain sayap berbisa mereka, Amirulhadi Zainal.

Foto by : Shazli Shamsuddin | Surendran, rembatan tersasar.

Pertahanan Kelantan sedikit goyah kerana ketiadaan Rizal Fahmi yang mengalami kecederaan dan memaksa Subra, Nik Shahrul Azim & Daudsu bekerja keras menahan asakan. Segala serangan bertali arus selangor hampir membuahkan hasil tetapi berjaya dinafikan oleh penjaga gol berpengalaman Kelantan Shahrizan Ismail a.k.a Mat Chah yang bertindak cemerlang di gawang gol.

Foto by : Shazli Shamsuddin | Kesebelasan Utama Selangor.

Kelantan dilihat banyak bertahan pada separuh masa kedua memaksa Datuk M. Karathu membuat beberapa pertukaran tapi gagal menambah koleksi jaringan. Kelantan hanya berpeluang 5 kali mengasak pintu gol Selangor pada separuh masa kedua tapi berjaya dipatahkan & rembatan tersasar.

Foto by : Shazli Shamsuddin | Shahrizan masih belum bolos.

Pada minit – minit terakhir perlawanan, Selangor hampir menyamakan kedudukan hasil dari tandukan pemain pertahanan Asrarudin Putra Omar tetapi terkena palang & melantun keluar padang dan memberi sepakan gol kepada pasukan Kelantan. Kekalahan Selangor kali ini adalah kekalahan kali keempat kepada Kelantan untuk tahun ini.



1st Eleven Kelantan : Shahrizan,Ismail [GK] Shakir Shaari, Solehin Kanasian, Daudsu Jamaludin, Badri Radzi [KP], Rizal Fahmi, S. Subramaniam, S. Chanturu, Norshahrul Idlan Talaha, Azamudin Akil dan Aziz Ismail

Substitute : Halim Napi [GK], R. Surendran, Aris Zaidi, Nizad Ayub, Khairan Ezuan Razali, Ramzul Zahini Adenan dan Nik Shahrul Azim.


Ulasan perlawanan oleh : RedsFC-News
Ditulis oleh : Nick Hafiz 

No comments:

Post a Comment