Monday, August 8, 2011

Fenomena Jersi Kelantan The Red Warriors.








Jersi Home Kelantan 2011.


Sebut saja jersi Kelantan TRW pasti akan muncul kelibat si pemakainya tidak kira samada kanak – kanak, remaja ataupun dewasa xkira dimana jua anda berada & tidak lupa juga para wanita yang sudah tidak segan untuk memakai jersi Kelantan TRW ini. Nisbah si pemakai jersi Kelantan TRW pada masa kini adalah lebih kurang dalam sekitar 1: 20 (Berdasarkan pemerhatian penulis). 


Pemakaian jersi Kelantan TRW ini tidak hanya tertumpu hanya untuk ke stadium menyaksikan perlawanan pasukan Kelantan sahaja tetapi sudah menjadi TREND masa kini bagi seluruh rakyat negeri Kelantan tidak kira untuk ke tempat kerja, beriadah, bersiar - siar & juga ketika berada dirumah (pakaian harian) malah mereka bangga dengan memakai jersi tersebut walaupun dibeli di pasar malam ataupun Rantau Panjang. 


Bagi yang memakai untuk ke tempat kerja & bersiar - siar, mereka memilih untuk memakai T-Shirt berkolar (biasanya berwarna merah ataupun putih) yang mempunyai logo TRW. Bagi yang beriadah, mereka lebih selesa mengenakan jersi sahaja.

DYMM Sultan Muhammad Ke -V memakai jersi TRW.

Tengku Mahkota Kelantan.


Jersi TRW 2010 (Away).

Jersi TRW 2011 (Away).

Foto by : Look-Er Jersi Anda | T-Shirt TRW 

Foto by : Look-Er Jersi Anda | T-Shirt TRW 

Jika dibandingkan dengan sebelum kebangkitan skuad Liga Super Kelantan, memang susah hendak jumpa si pemakai jersi Kelantan TRW ini, tetapi dalam tempoh 3 - 4 tahun kebelakangan ini sejak kebangkitan skuad bergelar The Red Warriors ini yang memenangi piala demi piala sejak di terajui oleh Tan Sri Annuar Musa (TSAM) selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), timbulnya si pemakai jersi Kelantan TRW ni "bak cendawan tumbuh selepas hujan". 


Malah Pelancong asing yang datang melancong di Kelantan ini juga turut berminat untuk membeli dan memakai jersi Kelantan TRW ini samada ketika menonton perlawanan pasukan Kelantan ataupun bersiar – siar di sekitar Bandar Kota Bharu.

Pelancong asing memakai jersi TRW by Epick Pique.

Adik - beradik TRW.

Keluarga TRW.

Diasuh dari kecil pakai jersi TRW.

Diasuh dari kecil pakai jersi TRW.

Diasuh dari kecil pakai jersi TRW.

Pada masa kini, begitu mudah untuk mendapatkan jersi Kelantan TRW tidak kira samada jersi Original ataupun jersi Replika yang dijual secara meluas di dataran Stadium Sultan Mohamed Ke-IV (hari perlawanan), di Pasar – Pasar Malam dan juga di Kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan. Malah jualan jersi Kelantan TRW secara Online juga banyak yang boleh didapati di laman sesawang (Facebook).

Keluarga TRW.

Kanak-kanak bermain dengan memakai jersi TRW.

Bersiar-siar sambil memakai jersi TRW by http://rizaljefri.blogspot.com

Dalam hal ini para ibubapa juga memainkan peranan penting dalam memupuk semangat  "The Red Warriors" kepada anak - anak mereka sejak kecil lagi dengan membelikan jersi atau t-shirt TRW ataupun barangan berjenama The Red Warriors seperti jam tangan, topi & towel.  


Pernah beberapa kali penulis nampak sekumpulan kanak – kanak bermain di hadapan rumah mereka dengan memakai t-shirt & jersi The Red Warriors. Begitu sekali “Penangan” The Red Warriors kepada seluruh rakyat negeri Kelantan. Oleh yang demikian, berbanggalah anda semua dengan memakai jersi Kelantan The Red Warriors, sekian….

Si gadis sudah tidak segan memakai jersi TRW ke stadium.

Si gadis sudah tidak segan memakai jersi TRW ke stadium


Credit kepada : Pemilik asal gambar & foto.
Credit kepada : http://rizaljefri.blogspot.com
Nukilan : Nick Hafiz

8 comments:

  1. kemah!! gmbr Bersiar-siar sambil memakai jersi TRW tu kawe amik kt KLCC.

    ReplyDelete
  2. nanti kawe letak kredit ko demo deh...kawe ni hok dk nga demo masa final FA cup aritu..apih..saing serul..

    ReplyDelete
  3. hahaha.. kenal eh.. ejah backlink ko blog kawe xpo doh.. hahahaha.. http://rizaljefri.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. bakpo xubuh gamba ambo etep?hahahaha...

    ReplyDelete
  5. mugo comel2 gk,hahahaha

    ReplyDelete
  6. If you are ashamed to stand by your colors, you had better seek another flag - GKG

    ReplyDelete