Thursday, August 11, 2011

R. Surendran Pemain Pinjaman Terakhir Perkuat Kelantan.

R. Surendran.
Striker Pahang, R. Surendran merupakan pemain pinjaman terakhir untuk pasukan The Red Warriors. untuk memperkuatkan jentera serangan dilihat agak tumpul dalam sesetengah perlawanan. R. Surendran bersetuju untuk menyarung jersi The Red Warriors bagi mempertahankan kejuaraan dalam kempen Piala Malaysia pada musim ini.


Perkara ini telah disahkan oleh pengurus pasukan Kelantan, Tuan haji Azman Ibrahim. Pemain penyerang yang berasal dari Perak ini telah menyarung jersi pasukan Selangor pada tahun 2010 & pada tahun 2011 menyarung jersi Pahang. Pemain ini amat ditagih oleh pasukan The Red Warriors untuk memperkuatkan jentera serangan yang di ketuai oleh Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang kini keseorangan beraksi di posisi serangan.


R. Surendran dimaklumkan akan melapor diri pada esok hari & seterusnya menjalani sesi latihan dibawah kendalian Datuk M. Karathu. Latihan akan bermula pada pukul 10 malam selepas solat terawih. Dengan kehadiran pemain yang boleh beraksi diposisi Striker & Attacking Midfielder ini, Jurulatih mempunyai banyak pilihan untuk digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha & seterusnya menjadi kombinasi terbaik diposisi serangan. Kehadiran R. Surendran & Azamuddin Akil akan dapat memperkuatkan jentera serangan The Red Warriors & seterusnya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada musim lalu.


Sedikit maklumat mengenai R. Surendran : 


Sumber : Wikipedia.


Ditulis oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment