Wednesday, August 24, 2011

Peluang Kelantan Tebus Kekalahan.

Graphic Wallpaper by : Md Erystudio

Seperti yang telah diketahui sebelum ini, T-Team seolah – olah menjadi badi bagi pasukan Kelantan untuk tahun 2011. Ini kerana dalam 3 perlawanan terakhir Kelantan hanya mencatat satu kemenangan sahaja itupun menerusi sepakan penalti pada pusingan kalah mati saingan awal Piala FA. Manakala dalam perlawanan Liga Super, Kelantan tewas di kedua – dua pusingan kepada T-Team yang menyaksikan rekod tanpa kalah Kelantan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV lebur begitu sahaja.

Pada malam ini sekali lagi Kelantan akan melayan kunjungan T-Team dalam satu perlawanan persahabatan Pra Piala Malaysia 2011 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu. Skuad Kelantan harus membuktikan tiada halangan untuk mencipta kemenangan pada malam ini dengan penghijrahan tiga pemain utama Kelantan pada awal musim.

Graphic Wallpaper by : OrenKecik | Graphic

Ini kerana dengan kehadiran dua orang penyerang pinjaman berbisa dari Pahang, Kelantan seharusnya boleh mencipta kemenangan pada malam ini. Walaupun ia sekadar perlawanan persahabatan sebagai persediaan untuk mengharungi saingan Piala Malaysia yang akan bermula pada 6 September depan, ia tidak seharusnya dipandang remeh oleh kedua – dua pasukan.

Untuk kesebelasan utama pasukan Kelantan, posisi penjaga gol sudah semestinya akan digalas oleh Shahrizan Ismail atau Mat Chah. Mat Chah sudah pastinya akan bekerja keras mengawal pintu gol Kelantan untuk mempertahankan rekod tanpa bolosnya walaupun sekadar bermain tiga hingga empat perlawanan sahaja untuk saingan kompetitif pada musim ini.

Posisi pertahanan pula, dengan ketiadaan Zairul Fitri Ishak yang mengalami kecederaan lutut, sudah pastinya akan diketuai oleh S. Subramaniam, Daudsu Jamaludin dan Rizal Fahmi sambil dibantu oleh pemain muda Aziz Ismail yang sudah semakin matang mengawal kubu pertahanan pasukan Kelantan.

Rekod 5 perlawanan terakhir Kelantan  vs  T-Team.

Jentera tengah pasukan Kelantan pula sudah pastinya menjadi milik Shakir Shaari & Kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau Piya. Manakala pemain sayap mungkin akan menjadi milik S. Chanturu ataupun Solehin Kanasian diposisi sayap kanan yang menampilkan persembahan memberangsangkan dalam dua perlawanan persahabatan sebelum ini & Nurul Azwan Roya diposisi sayap kiri.

Manakala diposisi serangan, penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo akan bergandingan dengan penyerang pinjaman dari Pahang iaitu Azamuddin Akil atau Alex yang dilihat semakin serasi untuk merobek gawang pasukan T-Team. Berikut adalah susunan kesebelasan kemungkinan pasukan Kelantan pada malam ini :


Shahrizan Ismail



Daudsu Jamaludin…..……Rizal fahmi……….S. Subramaniam……..…Aziz Ismail


Shakir Shaari…………………………..

………..…………………..Badhri Radzi [KP]


Solehin Kanasian…………………………………………………..Nurul Azwan Roya


Norshahrul Idlan Talaha………….Azamuddin Akil


Foto by : Shazli Shamsuddin.


Ditulis oleh : Nick Hafiz

No comments:

Post a Comment